Akhirnya Berjaya Port Out Dari U Mobile Ke CelcomDigi Selepas Pelbagai Cabaran

Semalam 9 Ogos 2025 merupakan hari yang cukup melegakan bagi Cie kerana akhirnya proses port out dari U Mobile ke CelcomDigi berjaya juga setelah berdepan dengan pelbagai cabaran sejak beberapa minggu lalu. 

Poster tajuk blog “Akhirnya Berjaya Port Out Dari U Mobile Ke CelcomDigi Selepas Pelbagai Cabaran”



Proses yang pada awalnya Cie sangka akan mengambil masa singkat, rupanya penuh dengan drama, masalah teknikal dan beberapa kali cubaan yang tidak berjaya. 

Cie nak kongsikan secara terperinci pengalaman Cie, dari mula memutuskan untuk beralih telco hinggalah ke saat SIM CelcomDigi aktif digunakan.


Kenapa Tinggalkan U Mobile


Cie sebenarnya sudah lama menggunakan U Mobile, hampir beberapa tahun sejak pindah duduk taman perumahan Cie ni. Asalnya Cie pakai Maxis dan betukar ke U Mobile kerana masalah rangkaian di tempat Cie.

Pada awalnya, liputan rangkaian cukup baik di kawasan ni, malah harga pelan data mereka sangat berpatutan dengan data yang unlimited namun sejak kebelakangan ni U Mobile seringkali mengalami masalah rangkaian.

Pernah berlaku kat office beberapa jam takde line. Bukan sekali tapi dah banyak kali. Bila tanya staf yang pakai telco lain mereka ada je line. Tu yang menambahkan lagi keinginan Cie bertukar telco.

Terbaru pada 4 Ogos baru-baru ni sehingga semalam line kat rumah Cie hanya ada 1 bar sahaja. Kat kawasan lain elok je 2-3 bar. 1 bar dengan hanya 2.18mbps speedtest download. Ada masa 5-7mbps.

Cie sudah cuba menghubungi khidmat pelanggan U Mobile beberapa kali, tetapi jawapan yang diberi hanyalah “Tiada masalah rangkaian di kawasan anda” walaupun jelas sekali Cie mengalaminya setiap hari selama 5 hari bermula 4 Ogos sehingga la port out berjaya.

Paling teruk pada 8 Ogos yang mana bila Cie sampai je rumah pukul 5 petang langsung takde line 4G. Line internet tiada. Hanya boleh call saja. Terus Cie call U Mobile customer service walaupun jenuh nak dapat bercakap dengan pegawainya. Kebetulan Cie memang dalam proses nak port out dah.


Kenapa Pilih CelcomDigi


Sebelum ni Cie dah pernah beli simcard CelcomDigi untuk digunakan pada tab Cie. Kebetulan simcard adik Rania rosak so Cie bagi la dia guna no CelcomDigi tu. Cie tengok line CelcomDigi laju je bila adik Rania tengok video.

Lepas tu Cie pun port out nombor kakak Raisha dari U Mobile ke CelcomDigi juga. Port out prepaid senang je tak memakan masa yang lama dan tiada masalah. Tengok anak-anak pakai CelcomDigi ok je takde masalah. Tu yang Cie decide nak port out ke CelcomDigi.

Tambahan pula line U Mobile ni kalau di kawasan hutan memang takde line. Cie dah beberapa kali berkelah kawasan air terjun memang takde line.


Kelebihan yang membuatkan Cie memilih CelcomDigi:


  • Liputan 4G yang lebih stabil di kawasan Cie.
  • Pelan data yang berpatutan dengan kuota besar.
  • Tawaran promosi untuk pengguna baru yang cukup menarik.


Proses Port Out


Proses port out sebenarnya tidaklah terlalu rumit jika semua berjalan lancar. Tapi dalam kes Cie, ia agak berliku.

Cabaran pertama bermula setelah Cie membuat permohonan untuk port in ke CelcomDigi dengan membeli pakej pada 31 Julai 2025 tapi tidak berjaya disebabkan oleh Pengalaman Port Out Gagal Akibat IC Blacklisted.

Bila IC dah clear, Cie cuba buat permohonan semula dan akhirnya dah boleh pada 2 Ogos Cie mula buat proses port in dengan membeli pakej CelcomDigi dan mengekalkan nombor sedia ada. Cie ambil pakej RM60 dengan 235gb.

Simcard baru untuk CelcomDigi sampai pada 6 Ogos. Bila sampai je CelcomDigi ada berikan QR code dan kita perlu scan QR code tu untuk proses permohonan port out pulak. 

Di sini la cabaran kedua bermula. Selepas menerima SMS dari U Mobile untuk port out, kita perlu reply dalam tempoh 2 jam.

RM0 Leaving U Mobile? Reply N to stay. To confirm, reply Confirm PortOut <601xxxxxxxx> before 2025-08-06 15:23:53. Pay o/s Postpaid bill via MyUMobile app

Cie reply:

PortOut 60129755310

Tertinggal ‘Confirm’ tu so sistem akan reject permohonan kita. 

RM0 Your port-out request was unsuccessful as we've received an invalid response. If you still wish to port-out, pls resubmit yr request.


Masa ni dapat juga SMS untuk kita settle unbilled amount sebabnya bil kita akan ada tarikh bil dari cycle bila ke bila tu. Macam Cie tarikh bil 21 Ogos 2025 untuk cycle bil 21 Ogos hingga 20 September 2025. So kena settle amount ni nanti akan ada prorate mereka akan refund semula.

RM0: Your account number is : 1.85180xxx and unbilled amount is : RM 103.88. Please view your bill at MyUMobile App. 

Cie selesaikan dulu unbilled amount dan request semula untuk port out. Sekali lagi pada 6 Ogos 2025 sebelah petang.

RM0 Leaving U Mobile? Reply N to stay. To confirm, reply Confirm PortOut <601xxxxxxxx> before 2025-08-06 21:20:26. Pay o/s Postpaid bill via MyUMobile app

Kali ni Cie reply salah juga lagi

Confirm PortOut <60129755310>

RM0 UMOBILE has rejected yr request to Switch to Celcom due to One or more phone lines did not reply to our SMS Validation.. Check with yr current telco. To re-submit: visit CelcomDigi website> Get Help

Sekali lagi resubmit permohonan pada 8 Ogos sebab permohonan yang reject sebelum tu ambil masa hampir 48 jam baru la terima SMS mengatakan reject. Dari 6 Ogos Cie reply SMS tu pukul 7.20 petang, pukul 4.24 petang 8 Ogos baru dapat SMS kata reject.

Tu pun setelah Cie buat aduan dalam chat kat website, call customer service mintak release Cie punya permohonan port out sampaikan U Mobile emel Cie macam nak pujuk pada 8 Ogos 11.07am

Saya kesal mendengar anda ingin meninggalkan kami. Jika anda masih ingin terus menggunakan perkhidmatan U Mobile, sila kongsikan keperluan anda dan kami akan cuba sebaik mungkin untuk memenuhinya.

Taknak dah setia. Asyik kata upgrade service tapi sama je masalah liputan tak menyeluruh. Sepatutnya bila dah ramai orang request port out bermakna kena perbaiki service. Kat group U Mobile community di Facebook terlalu ramai orang frust dengan service U Mobile.

RM0 Leaving U Mobile? Reply N to stay. To confirm, reply Confirm PortOut <601xxxxxxxx> before 2025-08-08 18:53:58. Pay o/s Postpaid bill via MyUMobile app

Kali ni Cie reply betul dah mengikut apa yang Cie dah confirm dengan customer service.

Confirm PortOut 60129755310

Pada 9 Ogos 2025 jam 1.54 petang Cie terima beberapa SMS:

RM0 Thank you for yr confirmation. Your request is now being processed.

RM0 Your port-out request is successful. Thank you for being with UMobile. We hope to be at your service again.

RM0 Yay! Your switch to Celcom is successful and your line will be activated within 24 hours. We can't wait to have you on board.

RM0 Your line has been activated! Insert your new Celcom SIM now & start connecting. Download the Celcom Life App to manage your account easily while on the go.

Happy tak terkata masa tu Cie kat rumah kakak kat Bentong. Mujur la Cie ada bawa simcard baru CelcomDigi. Dalam 10 minit terus line U Mobile dah tiada dan Cie masukkan simcard CelcomDigi.

Paparan aplikasi CelcomDigi menunjukkan nombor telefon telah berjaya didaftarkan

Kad SIM U Mobile dan CelcomDigi diletakkan bersebelahan


Perbezaan Selepas Bertukar


Perkara pertama yang Cie perasan selepas bertukar ke CelcomDigi ialah perbezaan ketara pada kelajuan internet dan liputan rangkaian. Semasa dalam perjalanan balik dari Bentong semalam, ada kawasan yang tiada line masa pakai U Mobile dulu tapi ada line CelcomDigi.

Di rumah Cie pula line 2-3 bar. Berbanding U Mobile dulu hanya 1-2 bar sahaja. 1 bar memang tersangat slow bagi U Mobile. Tapi CelcomDigi ni ada kawasan dalam rumah Cie ni 1 bar tapi laju.


Paparan signal telefon menunjukkan rangkaian CelcomDigi dengan 2 bar



Contoh perbandingan ringkas:

  • U Mobile — 1 bar, kelajuan sekitar 2.18 Mbps.
  • CelcomDigi — 2-3 bar, kelajuan mencecah 64.17 Mbps.

Keputusan ujian kelajuan internet U Mobile dengan liputan lemah

Keputusan ujian kelajuan internet CelcomDigi dengan liputan penuh


Untuk penggunaan Cie setakat lebih 12 jam ni pengalaman menggunakan CelcomDigi jauh lebih memuaskan. Hanya dengan bayaran pakej RM60 untuk 235GB agak memuaskan berbanding dengan U Mobile pakej RM98 untuk unlimited data tapi rangkaian liputan tersangat limited dengan seringkali ada masalah liputan.


Pengajaran Daripada Pengalaman Ini


Bagi Cie, pengalaman port out ini memberi beberapa pengajaran:

  • Pastikan semua bil dan caj tersembunyi diselesaikan sebelum memulakan proses.
  • Balas SMS pengesahan port out mengikut format yang betul.
  • Simpan bukti pembayaran dan screenshot sebagai rujukan jika berlaku masalah.
  • Lakukan sedikit kajian tentang liputan telco yang ingin dipilih sebelum membuat keputusan.


Cabaran Berakhir


Akhirnya, selepas pelbagai cabaran, Cie kini rasmi menjadi pengguna CelcomDigi. Walaupun prosesnya agak memenatkan, Cie rasa ia berbaloi kerana kini Cie dapat menikmati liputan yang stabil dan internet yang pantas. 

Bagi sesiapa yang merancang untuk port out, bersedialah dengan kemungkinan cabaran seperti yang Cie alami, tetapi jangan mudah putus asa.

Kadang-kadang, untuk mendapatkan servis yang lebih baik, kita perlu berani membuat perubahan. Cie berharap juga line CelcomDigi ni dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka.

Catat Ulasan

0 Ulasan