Makan Malam di Ikan Bakar Sri Tanjung Bentong: Nasi Goreng Sedap & Menu Best

Hari ni Cie ke Bentong menziarah wan (mak tiri arwah mak) yang dah sakit tenat di rumah Mak Ngah. Singgah di rumah kakak Cie dulu. Cie sampai sebelum Asar, selepas Asar baru kami bergerak ke rumah Mak Ngah. Lebih kurang 15 minit perjalanan dari rumah kakak ke rumah Mak Ngah.

Ramai la pakcik makcik adik beradik arwah mak, sepupu-sepupu berkumpul kat rumah Mak Ngah. Mereka adik beradik sebapa cuma ibu berlainan. Sebelum Maghrib kami minta izin nak balik dah. Semoga dipermudahkan urusan wan. Diringankan kesakitan wan.

Selepas Isyak kami keluar makan dan Cie nak terus balik Lipis. Kakak ajak makan malam di sebuah restoran yang agak popular di Bentong iaitu Ikan Bakar Sri Tanjung. Lokasinya terletak di tepi jalan utama dan mudah diakses, ada tempat parking dan suasana kedai yang santai. Makan malam kali ini ditaja oleh kakak Cie.

Papan tanda restoran Ikan Bakar Sri Tanjung Bentong waktu malam

Kalau korang pernah ke Bentong dan mencari tempat makan malam yang selesa, hidangan panas-panas dan harga yang berpatutan, bolehlah masukkan restoran ini dalam senarai.

Penulis blog makan malam di restoran Ikan Bakar Sri Tanjung Bentong

Cie dah beberapa kali juga singgah makan di situ kalau dalam perjalanan balik dari KL.

Suasana di Ikan Bakar Sri Tanjung


Restoran ini menggunakan konsep terbuka dengan meja makan yang disusun kemas di ruang luas berbumbung. Waktu kami sampai, pelanggan pun ramai tapi masih selesa untuk duduk makan tanpa perlu tunggu lama. Angin malam yang sepoi-sepoi memang sesuai sangat dengan suasana makan malam bersama keluarga.

Pemandangan hadapan restoran Ikan Bakar Sri Tanjung Bentong waktu malam

Semua hidangan sampai dalam masa yang cepat jugak dalam 10 hingga 15 minit sahaja.


Menu Pilihan Kami


Antara menu yang kami order:

Nasi Goreng Kampung

Hidangan klasik yang tak pernah mengecewakan. Order tak pedas untuk anak-anak makan, cukup dengan rasa ikan bilis rangup dan sayur kangkung. Wangi dan penuh rasa, sesuai sangat kalau anda suka nasi goreng bergaya tradisional. Adik Rania dan Kakak Raisha order menu sama.

Nasi goreng kampung, nasi goreng USA, nasi goreng ayam merah dan minuman dihidang atas meja


Nasi Goreng Ayam Blackpepper

Ayam dimasak dengan sos lada hitam pekat dan pedas menyengat. Portion ayam pun banyak, bukan sekadar hiasan. Sesuai untuk yang suka rasa ‘kick’ lada hitam dalam hidangan. Ni menu Cie order.

Nasi goreng kampung, nasi goreng USA, nasi goreng ayam merah dan minuman dihidang atas meja


Nasi Goreng Ayam Merah

Satu lagi versi nasi goreng yang menarik. Ayam digoreng dan disalut dengan sos merah manis pedas, ala-ala ayam masak merah. Kombinasi yang sedap dengan nasi goreng kosong. Husband order yang ni.

Nasi goreng kampung, nasi goreng USA, nasi goreng ayam merah dan minuman dihidang atas meja


Nasi Goreng USA

Ini antara menu paling ‘power’. Daging masak merah yang lembut dan berperisa, digandingkan dengan telur mata dan nasi goreng. Hidangan ini memang kaya rasa dan mengenyangkan. Ni kakak Cie order.

Nasi goreng kampung, nasi goreng USA, nasi goreng ayam merah dan minuman dihidang atas meja


Nasi Putih Daging Merah

Kalau tak mahu nasi goreng, boleh cuba kombinasi ini. Daging dimasak merah, pedas manis dan sangat sesuai dimakan dengan nasi putih panas-panas. Peminat lauk berkuah pasti suka. Anak buah Cie order ni.


Nasi goreng kampung, nasi goreng USA, nasi goreng ayam merah dan minuman dihidang atas meja


Minuman Pilihan Kami


Untuk air pula, kami order:

Teh O Ais

Pilihan klasik dan menyegarkan. Adik Rania, kakak Raisha, Syahmi anak buah Cie order air ni.

Fresh Orange

Jus oren segar yang sesuai untuk buang rasa minyak lepas makan. Husband Cie order.

Epal Asam Boi

Ini antara yang paling sedap. Masam-masam manis dan cukup sejuk, sesuai sangat diminum waktu malam. Cie dan kakak order air sama.

Air epal asam boi sejuk dihidang dalam gelas plastik besar


Harga dan Servis


Dari segi harga, bagi saya sangat berbaloi dengan portion yang besar dan rasa yang sedap. Harga menu nasi goreng sekitar RM7–RM10, manakala air dalam lingkungan RM2.50–RM6. Tak pasti berapa jumlah bayaran kami makan tadi. Lupa nak tanya kakak.

Senarai menu dan harga makanan serta minuman di restoran Ikan Bakar Sri Tanjung Bentong

Senarai menu dan harga makanan serta minuman di restoran Ikan Bakar Sri Tanjung Bentong


Servis pun memuaskan. Walaupun kedai agak sibuk dan full house makanan cepat juga sampai.


Kelebihan Restoran Ini


  • Banyak pilihan menu dari nasi goreng, lauk-pauk, ikan bakar hingga nasi lemak dan roti canai.
  • Tempat duduk luas dan selesa.
  • Sesuai untuk makan malam keluarga, santai atau gathering kecil.
  • Portion besar dan harga berpatutan.
  • Masakan sedap dan tak terlalu berminyak.

Tips Kalau Nak Datang


Waktu terbaik: Lepas Maghrib. Elak waktu puncak antara jam 8:00–9:00 malam sebab biasanya agak ramai.

Lokasi: Ikan Bakar Sri Tanjung, Bentong — betul-betul tepi jalan, senang cari dengan bantuan Google Maps.

Parking: Ruang parking agak terhad tapi masih boleh dapat tempat kalau datang awal.

Komen Keseluruhan


Makan malam kami di Ikan Bakar Sri Tanjung Bentong memang memuaskan. Dengan pelbagai jenis nasi goreng yang sedap dan portion yang mengenyangkan, tempat ni memang sesuai untuk sesiapa yang cari makan malam best di sekitar Bentong.

Kalau singgah ke Bentong atau memang tinggal di kawasan ni, bolehlah cuba sendiri makan di sini. Tak semestinya order ikan bakar saja, sebab menu nasi goreng mereka pun dah cukup padu.

Terima kasih kakak sebab belanja malam ni!

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. semoga diringankan kesakitan wan..
    harga makanan not bad jugak. tapi kedai2 macamni memang biasa ramai orang start pukul 8pm gitu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.