Ahad baru-baru ni Cie buat sesuatu yang simple untuk dinner iaitu kukus dumpling dan mini pau Kedai Eco. Kebetulan sebelah petang tu dah minum Zus tu yang malam dinner yang simple jela. Masing-masing takde rasa lapar. Dumpling ni pun dah berapa kali kami beli. Cuma mini pau tu je baru nak try. Tu pun Kakak Raisha yang nak try mini pau. Teringin agaknya tengok dalam fridge Kedai Eco tu macam-macam ada.
Kenapa Dumpling dan Mini Pau Kedai Eco Ni Best Untuk Cuba?
Kami sekeluarga memang peminat dumpling. Kalau makan di kedai yang ada jual dumpling memang kami order. Harga di kedai makan berbeza la lebih mahal sebab dah siap kukus dan disertakan sekali sos. Tapi di Kedai Eco ni lagi best untuk dicuba sebab:
- Harga dia memang bajet RM2.40 untuk sebungkus yang ada 4pcs.
- Tak perlu pandai masak, cuma kukus lebih kurang 8–10 minit.
- Portion ngam untuk makan seorang, tapi kalau nak buat hidangan keluarga pun senang.
- Ada macam-macam perisa, jadi tak bosan makan yang sama je.
- Mini pau pula sesuai kalau nak kudap ringan, saiz kecil tapi tetap mengenyangkan. Perisa coklat anak memang suka.
5 Jenis Dumpling Kedai Eco Yang Cie Cuba
Untuk dinner kali ni, Cie kukus sekali semua variasi dumpling yang ada. Sepeket tu ada 4pcs cukup la setiap perisa tu 1pcs sorang. Rasa setiap satu memang berbeza:
1. Siew Mai Ketam
Warna hijau di bahagian tepi nampak menarik. Rasa dia ada manis-manis isi ketam tiruan. Kalau makan panas-panas memang puas.
2. Siew Mai Ayam
Versi paling klasik. Isi ayamnya lembut, rasa ringan, sesuai untuk cicah sos. Kalau nak yang ‘selamat’, pilih yang ni.
3. Siew Mai Ayam Cendawan Butang
Yang ni paling kena dengan selera Cie. Cendawan bagi tekstur lain sikit, lebih juicy dan aromatik. Sedap!
4. Dumpling Perisa Tomyam
Paling unik sebab ada kick masam pedas tomyam Thai. Sekali gigit terus rasa macam tengah hirup sup tomyam pekat.
5. Dumpling Makanan Laut
Campuran isi udang dengan ikan. Bau harum seafood memang keluar bila buka pengukus. Lagi sedap kalau cicah kicap bercili.
Mini Pau Kukus – Comel Tapi Buat Cepat Kenyang
Mini pau ni sepeket tu ada 4pcs. Ambil sepeket je nak try perisa coklat. Walaupun kecil, kalau makan 2–3 biji terus rasa kenyang. Sesuai sangat kalau nak buat sarapan atau minum petang.
Cara Masak Memang Senang
Proses nak kukus pun tak susah langsung:
- Panaskan air dalam pengukus.
- Susun dumpling atau pau atas mangkuk. stainless steel / bekas yang tahan panas.
- Kukus 8–10 minit.
- Hidang terus dengan sos kegemaran (dumpling).
Kami cicah dumpling dengan sos thai je. Sos apa-apa pun sedap je tapi kami lebih suka cicah sos thai.
Review Lepas Cuba
- Dari segi rasa, memang puas hati. Dumpling ayam cendawan butang jadi kegemaran Cie.
- Harga sangat berbaloi, terutama kalau nak hidangan cepat tapi bajet.
- Penyediaan senang, tak perlu defrost.
- Kenyang walaupun portion nampak kecil.
Tips Makan Lagi Best
- Jangan kukus terlalu lama, nanti dumpling kering.
- Boleh tabur daun bawang atau bawang goreng untuk rasa lebih padu.
- Kalau suka pedas, cicah dengan sambal kicap.
Jadi Macam Mana Rasa Dia?
Secara jujur, dumpling Kedai Eco ni memang berbaloi untuk dicuba. Tak sangka harga bajet boleh dapat rasa macam ni. Siew mai ayam cendawan butang memang menang dari segi rasa, tapi dumpling tomyam pun unik sebab ada kick pedas masam. Mini pau pula sesuai kalau nak makan ringan sambil tengok TV atau buat sarapan cepat.
Kalau anda teringin nak makan dumpling tanpa perlu ke restoran dim sum, bolehlah cuba sendiri dumpling dan mini pau Kedai Eco ni. Senang, murah dan boleh terus jadi menu penyelamat bila malas masak menu yang berat.
12 Ulasan
Wah best kan boleh jadi stok makanan. Harga dah le murah lepas tu sedap lagi.
BalasPadamMacam² cie beli... akak ada beli pau tapi dumpling belum pernah try lagi.
BalasPadamSy suka dimsum dari brand pau bestmas...pau2 dieorg pun sy suka...x pasrti brand ceria ni ade dkt KL atau tak...Nnt bleh la try2 cari =)
BalasPadamAnak-anak semua suka dumpling. Idea yang bagus ni. Boleh beli dan simpan, nanti anak-anak berkumpul boleh kukus makan ramai-ramai.
BalasPadamMemang favorite kami dumpling semua ni. Sedapnya.
BalasPadamwaaahh.. comelnya.. kebetulan dekat rumah sis ni ada 1 kedai eco baru je bukak.. boleh la bila2 singgah cari stok nanti.. ^^
BalasPadamdkt kedai eco kt area umh tkde plak jual dumpling ni
BalasPadamKedai Eco rumah saya takde jual makanan frozen seperti dumpling dan pau.
BalasPadamcute packagingnya...pau tu nampak sedap
BalasPadamBestnya.. eco kat sini xde jual frozen food mcm ni
BalasPadamSaya sukaaaa ini. Memang sering stock lah, buat cemilan anak2, atau bekal mereka Jika sedang buru2 ke sekolah 😄. Sedaap memang
BalasPadamKalau saya, always suka siew mai ayam! Penggila dumplings jugak ni hehehe
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.