Hari ni takde ke mana-mana jadinya masak sarapan sendiri jela kat rumah. Semalam husband dah beli barang dapur jadinya hari ni santai-santai jela kat rumah. Lepas solat Subuh Cie iron baju kerja. Selalunya iron hari Sabtu tapi sebab semalam Cie kurang sihat tu yang iron pagi tadi.
Siap iron baju baru la masuk kitchen nak masak sarapan. Ada 2 perancangan nak masak dalam fikiran. Kalau rajin nak masak nasi lemak, kalau malas masak cekodok jela. Masak yang simple jela kan. Nak bungkus makanan pun takde idea nak makan apa dah. Akhirnya idea masak cekodok jela sebabnya tak rajin nak masak nasi lemak. Lagipun semalam Cie dah makan nasi lemak bungkus tu yang masak cekodok jela pagi tadi.
Cie nak buat jugak roti bakar. Ada sikit lagi roti gardenia. Kalau tak bakar takde orang nak makan. Husband beli baru ni dia nak cicah roti. Dia sorang je makan jadi tak habis lagi la.
Dalam fridge ada carrot, bawang besar dan ikan bilis so terjadilah cekodok bilis bersama bawang dan carrot. Cara halus nak bagi anak-anak makan sayur tu yang letak sekali carrot. Bahan cukup bagi satu menu simple yang ringkas untuk dijadikan menu sarapan pagi. Walaupun ringkas, cekodok ni macam ada kuasa ajaib untuk buat perut kenyang, hati tenang dan mood pagi berubah jadi ceria.
Cekodok: Sarapan Evergreen Yang Tak Pernah Lapuk
Kalau ada pertandingan makanan paling fleksibel di Malaysia, Cie rasa cekodok mesti masuk carta teratas. Dia boleh jadi sarapan, kudapan petang, malah lauk tambahan pun boleh. Ada yang panggil jemput-jemput, ada yang kekal dengan nama cekodok, ada panggil kodok dan ada juga panggil cucur. Pelbagai versi ada. Apa pun sebutan, bila goreng panas-panas bau dia tetap sama harum, rangup, lembut dan membangkitkan selera.
Bahan Campuran Cekodok
Cie hiris carrot dan bawang lepas tu masukkan sekali dengan ikan bilis ke dalam chopper. Nak mudah kerja tekan on je zasss siap di blend. Cie campur air sikit. Serbuk kunyit, garam, bahan perasa boleh campur sekali dengan tepung gandum. Cie bancuh cekodok guna air suam. Tak cair sangat dan tak pekat sangat. Sedang-sedang je. Minyak kena panas. Baru la cekodok akan rangup di luar tapi lembut di dalam.
Sos Pencicah Yang Menyelerakan
Orang kata cekodok dah cukup sedap tanpa sos, tapi Cie jenis suka cuba kombinasi pelik-pelik. Pagi ni Cie sediakan tiga jenis sos:
- Sos Thai – sos kegemaran keluarga. Ada rasa manis, pedas dan rasa thai.
- Sos tomato campur serbuk lada hitam – yang ni memang dari dulu Cie suka. Ada rasa masam tomato, ditutup dengan hangat lada hitam.
- Mayonis – sos paling selamat bila tekak nak rasa berkrim, lembut, tak pedas.
Setiap kali cicah cekodok panas, Cie rasa macam makan tiga versi hidangan. Sekali pedas manis, sekali masam hangat, sekali lembut berkrim. Cekodok yang sama, tapi pengalaman makan berbeza-beza. Inilah benda yang buat Cie tak pernah bosan dengan menu simple ni. Sos thai tu anak-anak dan suami suka, Cie pulak suka sos tomato dan lada hitam, mayonis pulak Cie dan anak-anak. Masing-masing ada citarasa sendiri.
Roti Bakar Marjerin Gula Yang Tak Pernah Mengecewakan
Roti gardenia expired hari ni 24 Ogos. Ada lagi 6 keping. Better bakar jela daripada terbiar je rugi nanti kena buang kalau dah berkulat. Ada gula dan marjerin on terus buat roti bakar marjerin gula.
Roti bakar marjerin gula ni memang menu paling ringkas tapi penuh memori. Cie sapu marjerin, tabur gula halus, kemudian masuk dalam oven bakar suhu 180c selama 5-6 minit. Versi moden dan mudah la ni bakar dalam oven. Masa kecik dulu arwah mak selalu buat letak dalam kuali je. Memang roti legend la marjerin gula tu.
Selalunya makanan sarapan ni la mengembalikan memory kita zaman kecil bersama mak. Bila masak je mesti terkenang, terbayang yang mak sediakan sarapan untuk kita. Begitulah juga nanti anak-anak akan kenang memory yang sama.
Teh Panas Yang Menyempurnakan Pagi
Cie jarang jugak pun buat teh ni. Teh terpaling sedap kakak Cie buat. Kalau ke rumah dia memang request teh. Kami semua keluarga besar Cie memang suka teh Kak Ngah Cie buat. Kalau Cie atau adik beradik lain buat memang tak sama rasa. Taktau la apa rahsia dia buat. Selalu tengok dia bancuh serbuk teh dan susu je pun.
Cie buat cara sendiri. Panaskan air dalam periuk bersama serbuk teh. Bagi betul-betul menggelegak. Kakak Cie kata kena bancuh air panas. Masukkan dalam jug dan campur susu pekat. Siap. Rasa tak sama dengan kakak Cie punya tapi boleh la. Anak-anak suka teh. Tapi kami tak minum panas kena letak ais lagi sedap.
Bezanya Sarapan Dulu dan Sekarang
Kalau dibandingkan sarapan dulu dengan sekarang, memang lain. Dulu orang lebih banyak masak sendiri. Cekodok, nasi goreng, roti bakar semua dibuat di rumah. Sekarang ramai lebih suka beli di luar. Kedai mamak, kafe hipster, bakery moden.
Tapi bila makan di luar, rasa dia tak sama. Cekodok kedai selalunya keras atau berminyak. Roti bakar kopitiam sedap, tapi tetap ada beza dengan versi rumah. Teh tarik kedai kadang terlalu manis. Bila buat sendiri, semua ikut tekak kita. Dan paling penting ada rasa sentimental dan memory.
Tips Supaya Cekodok Jadi Lebih Sedap
Walaupun cekodok nampak mudah, sebenarnya ada beberapa tips simple supaya hasilnya lebih sedap:
- Guna air suam dalam adunan – buat tekstur lebih lembut di dalam dan rangup di luar.
- Jangan kacau adunan terlalu lama – nanti cekodok jadi keras.
- Panaskan minyak secukupnya – kalau minyak tak cukup panas, cekodok serap minyak.
- Balikkan perlahan-lahan – biar masak sekata.
- Toskan dalam penapis – elak terlalu berminyak.
Tips Untuk Roti Bakar dan Teh
Roti bakar pun ada cara nak bagi lebih sedap:
- Guna roti gardenia yang sedikit lama (bukan baru buka plastik) – lebih cepat garing.
- Marjerin kena sapu tebal sikit supaya cair rata.
- Tabur gula halus, bukan kasar, supaya cepat cair dan lekat.
Untuk teh pula:
- Bancuh dengan air mendidih, jangan separuh panas.
- Kalau nak tahan panas lama, guna cawan tanah liat atau mug tebal.
- Nak lebih rasa ‘kaw’, bancuh dua kali – teh ditarik dari teko ke cawan.
Menu Murah Tapi Lengkap
Kalau kira kos, sarapan Cie ni memang murah je. Kalau dibandingkan dengan makan luar, beza harga sangat jauh. Tapi nilai kepuasan lebih tinggi bila buat sendiri.
Variasi Lain Yang Boleh Dicuba
Cekodok
Kalau bosan dengan bilis, boleh cuba cekodok jagung, cekodok pisang atau cekodok udang kecil. Cie selalu jugak buat cekodok udang. Tadi adik Rania pun dah tanya takde cekodok udang ke. Udang kecil tu selalu ada kat TF je. Dah lama tak pergi TF.
Roti Bakar
Roti bakar pula boleh dipelbagaikan kaya, susu pekat, peanut butter atau jem. Jarang ada bahan-bahan ni kat rumah Cie.
Teh
Teh pun boleh diubah – teh tarik, teh susu madu atau teh o lemon. Semua ikut selera masing-masing. Jarang jugak bancuh teh kat rumah ni. Teh o je selalu buat untuk anak-anak.
Momen Kecil Yang Membahagiakan
Dengan hanya cekodok bilis carrot bawang, tiga sos pencicah, roti bakar marjerin gula dan secawan teh ais dapat cipta memory indah sarapan bersama keluarga. Hujung minggu jela dapat sarapan bersama-sama.
5 Ulasan
Cekodok bilis campur apa2 sedapnya cicah sos.
BalasPadamNampak simple tapi sedap kan pagi2 makan bersama kopi kampung gitu huhu..
BalasPadamKalau kat rumah ni kena potong halus carrot dgn bawang tu .. jgn bgi nampak kalau tidak the kids mengelat nak makan hahahaa
BalasPadamPagi-pagi sarapan cekodok memang sedap. Apa lagi dihidangkan dengan macam-macam sos. Pekena pulak dengan kopi O kampung atau teh O panas. Memang best.
BalasPadamCekodok ni memang menu evergreen, dulu, kini dan selamanya.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.