Belum habis ye cerita weekend kita di Kuantan. Berderet beratur dalam draft tu. Ambil masa sikit nak mengarang. Nak rename gambar lagi. Kalau nak blog kita menarik untuk dikunjungi kena la gigih sikit follow SEO.
Walaupun tak semua entry follow SEO, at least kena ada kalau nak viewer ramai. Lagi-lagi kalau kita ada Google Adsense memang nak kena banyak viewer. Sehari 1000-2000 viewer tu pencapaian yang terbaik la untuk blog sendiri.
Road to achieve 2 juta viewer pulak ni. Baru 1.7 juta je. Jauh lagi perjalanan ni. Tu la siapa suruh dulu menulis blog on off jadinya nak naikkan semula view kena kerja keras. Jom kerja keras sambung cerita Kuantan.
Masa kat kenduri Pakcu tu kakak ipar tanya lepas tu nak ke mana. Cie cakap nak cari uniform Raisha dulu lepas tu takde ke mana. Dia cakap mereka nak pergi pantai. Jom la join. Cie cakap InsyaAllah. Takut penat ke apa kan malas nak janji.
Kami sampai dulu kat Pantai Kempadang dan sempat bergambar di tepi pantai. Seronoknya kalau rumah berdekatan dengan pantai. Tenang je tengok pantai. Bila jarang-jarang ke pantai kita akan teruja. Tapi kalau duduk kat pantai rasanya jemu jugak hari-hari tengok pantai. Kami anak beranak lebih suka pantai sebab luas kan dan ombak yang cantik.
Kami bergambar dari kejauhan je. Malas nak ke tepi pantai tu betul-betul. Malas nak basah la kalau terkena ombak. Jadinya dari jauh pun cantik view.
Tak lama lepas kami bergambar tu kakak ipar call bagitau dah sampai. Tapi mereka sebelah sana so kami terus gerak ke tempat kakak ipar nak duduk tu la. Family kakak ipar sampai ke pantai dan sempat la mereka membeli makanan untuk dimakan di tepi pantai. Kami je tak beli makanan sebabnya malam tu nak dinner dah. Waktu tu dah petang sangat dah pukul 6 lebih.
Kakak ipar Cie panggil Ayong. Anak-anak, menantu dan cucunya semua ada. Ayong ada 4 orang anak. Anak sulung lelaki dah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak perempuan. Anak kedua perempuan dah berkahwin tapi belum dikurniakan anak. Anak ketiga kembar lelaki.
Kami duduk atas tikar yang dibawa Aiman anak sulung Ayong. Aiman duduk di Kuantan je. Ayong dan family nya tidur di rumah Aiman. Dari rumah Aiman ke Pantai Kempadang tu dalam 10 minit je.
Anak-anak Aiman dah terjun pantai. Mereka dah biasa ke situ jadinya Aiman dan Ika isterinya pantau dari tepi je. Ramai orang berkelah di situ hujung minggu. Ditambah pulak cuti panjang. Masing-masing berkelah siap bawak bekalan makanan dari rumah dengan periuk nasi bagai.
Cie dah pernah pergi Pantai Kempadang tu cuma masa tu kami pusing je tak turun pun. Lalu je sebabnya susah nak cari parking tepi-tepi tu memang penuh.
Kat Pantai Kempadang tu jugak ada jualan makanan, pelampung, peralatan untuk main pasir dan macam-macam lagi la. Atok Faiz belikan mainan buih untuk cucu 2 orang tu. Kemain suka siap bawak terjun pantai lagi.
Walaupun dapat melepak tepi pantai sekejap je tetap dapat merakam memory bersama. Borak-borak, gelak-gelak bergurau senda. Family Faiz tak sebesar family Cie. Kalau berkumpul tu tak ramai la.
Kami gerak dari Pantai Kempadang tu lebih kurang pukul 7 dah dan terus ke kedai makan Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur. Next entry pulak. Fuhhh berpeluh nak habiskan entry Kuantan ni.
0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.