IOI Mall Putrajaya: Jalan-Jalan Santai dan Shopping

Selepas balik dari kenduri sepupu Faiz kami singgah di rumah abang Faiz dulu nak tukar baju dan solat sekejap. Sambil fikir nak berjalan ke mana selepas tu sebelum ke KL untuk check in di Howard Johnson by Wyndham KL 118.

Biras Cie cakap pergi IOI City Mall Putrajaya mesti ramai orang kalau cuti panjang ni. Katanya Alamanda tak ramai orang dan dah ok dah sekarang ni meriah jugak la dah. Cie decide nak pergi IOI City Mall jela banyak sikit choice untuk shopping. Ramai orang takpela kita redah je.


Hadapan ioi city mall putrajaya



Singgah IOI City Mall Putrajaya

Dah alang-alang kat Putrajaya kan so singgah la IOI Mall Putrajaya dulu untuk window shopping je hajatnya dan nak jalan-jalan je. Memang ramai jugak orang tapi mujur la dapat jugak parking yang dekat dengan escalators nak ke mall tu.

Masuk la kedai mana-mana dan tengok-tengok harga. Mana yang ok kita rembat jela terus. Memang kalau dah tengok tu dan harga ok takdela nak tengok je kan. Ada jugak masuk tengok, harga dah ok cuma rasa tak perlu so kita skip. Hanya 2 outlet jela kita singgah dan beli. Yang lain tu takpela maybe next time pulak.


Padini Concept Store

Mana-mana mall kita pergi memang singgah Padini ni. Dari dulu memang suka brand Padini cuma sejak 2 menjak ni dah tak banyak pilihan yang menarik hati. Padini IOI Mall Putrajaya ni banyak jugak pilihan. Maka terbeli la untuk Cie dan anak-anak. Kami beli:

  • Long sleeve blouse untuk Cie sehelai RM49.
  • Long sleeve tee untuk anak-anak RM23 sehelai.
Total semua sekali kat Padini ni RM95.30. Paper bag RM0.30. Selalu la lupa bawak shopping bag. Jadinya bayar la 30 sen tu.


Marrybrown

Cie ajak anak-anak tengok orang main ice skating sekali nampak ada stall Marrybrown jual ice cream. Kami pun apa lagi singgah la kejap nak berehat setelah penat berjalan baru dapat baju kat Padini je. 

Mula sampai tu nampak ice cream Ilaollao. Adik Rania dah request nak sebelum balik nanti. Ibu kata ok jela nanti sebelum balik lalu situ boleh la beli. Bila dah nampak ice cream Marrybrown tu tak jadi la Ilaollao tu.

Beli la ice cream Marrybrown untuk anak-anak mix cone (chocolate dan vanilla) dan untuk ibu babah share je sundae chocolate. Ice cream dia buat macam Mcd cuma rasa ice cream nya lagi sedap Mcd. Lama dah tak masuk Mcd.


Sundae chocolate marrybrown di dalam cup

Mix chocolate vanilla ice cream marrybrown dalam cone


Kami duduk kat kerusi dan meja yang disediakan. Ada la kosong depan orang main ice skating tu. Dah siap makan ice cream kami terus bergerak ke last outlet sebelum nak keluar dari mall.


Brands Outlet

Last outlet sebelum balik. Pusing-pusing kat dalam jumpa la blouse untuk Cie dan anak-anak sehelai RM49.90 dan total semua untuk 3 orang RM149.70. Faiz pun beli jugak sehelai Tshirt RM59.90. Warna hitam lagi. Kita ni beli baju macam-macam warna taknak bagi sama warna. Eh dia tiap kali beli la hitam. Mudah betul orang lelaki kan.


Penulis dan anak-anak shopping di dalam brands outlet



Keluar dari IOI Mall Selepas Siap Shopping

Malas dah nak berjalan. Masing-masing pun dah kepenatan. Dah terbayang katil hotel yang empuk tu. Kami pun terus keluar dari IOI Mall jam 6 petang. Masuk IOI Mall 3.30 petang. Lama jugak dalam tu asalnya nak window shopping je. Terbeli jugak la sesuatu. 


Muka ada senyum selepas dah shopping


Kiranya berbaloi la penat berjalan. Takdela pulang dengan tangan kosong. Tangan tak kosong tapi poket yang kosong dah. Hahaha. 


Baju yang di beli dari ioi city mall putrajaya
Tak banyak pun shopping tapi ada la juga. Hihi




Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Happy nice day for you all..semoga ceria selalu.

    BalasPadam
  2. Wahhh..Best ni..Sy dh lama x pegi IOI Mall Putrajaya tu...Actually agak jauh jgk dari rumah.. =)

    BalasPadam
  3. IOI City Mall Putrajaya ni banyak pilihan sikit kan. Banyak jugak aktiviti selain shopping dan makan. Banyak juga hasil shopping tu Cie.

    BalasPadam
  4. ioi mall putrajaya ni dh makin besar...br 3x smp tu pun tk sempat round abis...sbb lokasi jauh dr umah nk ke sini

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.