Adik Rania pulak sejak bulan ni dah bertukar jadual waktu balik pukul 1.15 petang. Sebelum ni 1.00 petang. Jadinya dia akan kalut sebab pukul 2.15 petang macam tu dah nak kena pergi KAFA. Minggu ni pulak peperiksaan percubaan kena datang KAFA awal 2 petang. Jadi agak kelam kabut la balik rumah nak makan lagi.
Beli Makanan Lunch di Josi Donut
Hari ni Cie dah beli siap-siap makanan lunch sebelum ambil adik Rania. Cie singgah beli makanan kat Josi Donut dekat je dengan hospital. Teringin nak makan donut sebenarnya. Donut kat Josi tu sedap lebih kurang dengan Dunkin Donut.
Banyak lagi makanan lain dijual di Josi Donut tu. Ada laksa sarang, laksa telur rebus. Yang laksa ni semalam dah beli tapi tak beli di Josi Donut la. Beli kat gerai tepi jalan tapi laksa Josi la mereka hantar ke situ.
Ada juga pelbagai jenis dessert dijual di situ. Tadi ada nampak jugak tiramisu dan lain-lain. Masa Cie sampai tadi ada vendor susun dessert dalam chiller. Cie tak beli la dessert.
Kerabu Maggi dan Donut
Cie beli kerabu maggi untuk anak-anak dan Cie beli 4 ketul donut. Cie makan 2 donut yang chocolate badam dan donut biasa. 2 ketul donut coklat untuk anak-anak tapi adik Rania gigit sikit je dia taknak. Sejak dah besar ni dia tak makan sangat donut. Kakak Raisha jela makan 2 ketul.
Kerabu maggi di Josi Donut ni sedap cuma kuah dia tu macam sikit sangat. Jadi kering sikit bila dah digaul semula sekali. Anak-anak tak makan sayur jadinya Cie la tukang makan sayur-sayur tu. Ada salad, kobis, bawang.
Puas betul dapat makan donut yang lembut macam tu. Lama sangat dah tak beli donut. Bila teringin kena la beli jugak. Sedar tak sedar 2 ketul habis. Menambah kalori sekali sekala. Hihi
Masak Menu Dinner
Lumch dah beli, dinner kita masak la pulak. Balik kerja tepat 4.30 petang sebabnya rushing nak balik rumah masak. Kena hantar makanan ke sekolah KAFA adik Rania 5.30 petang. Hari ni stay di sekolah KAFA lagi sehingga 9 malam untuk ulangkaji ramai-ramai. Ngam 5.30 petang siap masak.
Ayam Goreng Berlado
Ayam goreng berlado ni memang kegemaran anak-anak. Kalau masak menu ni bertambah la masing-masing makan. Cie buat tak pedas. Adik Rania tak tahan makan pedas. Jadinya Cie guna cili besar hijau dan merah je. Tak letak cili padi pun.
Ikan Goreng Kunyit
Tak sure ikan apa lupa nak tanya kakak semalam. Macam ikan sungai. Cie gaul garam kunyit dan buat goreng garing-garing. Cie, kakak Raisha dan Faiz je makan. Adik Rania tak makan. Goreng 4 ekor je. Ada lagi 5-6 ekor kot dalam freezer.
Sayur Taugeh dan Siew Pak Choy
Selalunya menu sayur Cie ulam timun je. Lagi-lagi tengah minggu memang jarang ada sayur bermasak ni. Alkisahnya weekend hari tu Cie suruh Faiz beli taugeh sikit nak buat mi goreng. Kakak Raisha tulis dah segenggam. Sekalinya bergenggam agaknya disauk masuk dalam plastik. Cie tengok kat plastik 300 lebih gram.
Ku taktau dia nak buat apa banyak-banyak. 3 kali masak ni baru habis. Letak dalam mi goreng dan masak taugeh goreng weekend hari tu. Cie rendam air dalam bekas bertutup letak dalam fridge. Mujur masih rangup lagi tadi walaupun dah 3 hingga 4 hari.
Goreng la tadi dengan 3 hingga 4 helai siew pak choy lebih buat mi goreng hari tu. Siew pak choy shanghai kalau tak silap Cie tulis kat plastik tu. Macam kailan dah batangnya keras, daunnya pun tebal dan hijau pekat. Bukan macam siew pak choy biasa tu.
Bungkus Makanan Adik Rania
Ngam 5.30 petang siap masak. Malam tadi dalam group UPKK KAFA ustazah suruh hantar makanan 5.30 petang. Awal betul suruh hantar. Adik Rania kata ustazah nak suruh makan awal. Kita risau takut nanti lapar bila dah malam. 5.30 petang la Faiz hantar tadi.
Untuk bekal adik Rania Cie letak nasi, ayam goreng berlado dan ulam timun je. Ikan goreng dan taugeh dia tak makan. Kemain kicap ibu ada i love u.
Esok ada sehari lagi untuk dia stay sekolah KAFA sepanjang minggu percubaan UPKK ni. Taktau la nak masak apa dah. Beli jela kot untuk hari Rabu sebabnya jadi urusetia kursus takut balik lambat tak sempat masak.
3 Ulasan
Sweet ibu siap ada i love u 😀
BalasPadamYelah, kalau kita sendiri pun makan awal sangat gitu memang lapar waktu malam. Ada bekalan kudapan biskut tak tu?
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMenu sihat ni. Suka tauge tu.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.