Segan ke Maksu la berkali-kali dah ajak. Minggu lepas pun berkali-kali cakap bagitau Maksu nak book bilik. Pakcu pun sama berkali-kali cakap nanti datang Kuantan. Faiz decide datang jela. Walaupun kami takde baju tema. Sebab last minute kan. Kalau bagitau awal hari tu Maksu akan bagi jugak baju tema Purple. Takpela takde tema pun asalkan hadir.
Perjalanan Bermula Selepas Solat Jumaat
Selepas solat Jumaat tadi kami pun bergerak dari Lipis jam 2.45 petang. Sebelum tu singgah Petron isi minyak penuh dulu. Tak lupa singgah 7E Cafe nak redeem coffee dan entah apa-apa je 3 beranak tu beli. Popcorn chicken dan juga gula-gula apa entah dibelinya. Cie tak turun.
Singgah Kampung Binjai beli jagung nak bagi Makngah. Makcik Faiz dari Taiping pun datang Kuantan jugak. Penuh la bonet dengan luggage dan jagung. Jagung Binjai ni sedap.
Faiz ikut Raub. Tersilap percaturan sebenarnya. Sampai kat mana entah tadi jem panjang pulak tu sampai ke trafic light kat Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub tu. Selepas sekolah tu hingga ke highway CSR dah tak jem. Sampai kat highway Raub tu 4.05 petang asbab jem tu la. Kalau tak jem dalam sejam je.
Cie ingat Faiz nak exit Bentong. Tengok-tengok dia belok Mempaga pulak. Sebenarnya kalau nak ke Kuantan boleh ikut jalan:
- Lipis - Jerantut - Temerloh - Kuantan
- Lipis - Jerantut - Jengka - Maran - Kuantan
- Lipis - Raub - Bentong - Kuantan
Entahla si Faiz ni nak bawak bini dan anak-anak pusing negeri Pahang gamaknya. Hahahah. Kami ok je cuma kiri kanan pokok sawit dan hutan belantara jela. Negeri Pahang kan kaya dengan hutan.
Selepas SMK Bukit Damar tu kereta slow je semua. Banyak jugak kereta lalu situ. Jalan nak ke Pusat Gajah Kuala Gandah pun lalu ikut situ. CendolLily yang katanya viral pun kami lalu jugak tadi. Banyak kereta tepi tu mesti ramai singgah agaknya.
Sampai di Tol Lanchang 4.50 petang. Lega dah masuk highway. Kiranya dari Lipis ke Tol Lanchang 2 jam. Perjalanan lancar je takdela banyak sangat kereta. Orang sebelah pun sedap menekan minyak.
Berhenti di R&R Temerloh Timur 5.09 petang - 5.39 petang untuk solat Asar dan membuang apa yang patut. Nak beli Putu Bamboo tu habis pulak. Teruskan jela perjalanan menuju Kuantan.
Sebelum Persimpangan Gambang
Faiz sedap tekan minyak sekali dia slowly break. Rupanya kat depan nampak jem. Mula dari signboard Persimpangan Gambang tu. Kat situ pukul 6.17 petang. Sampai ke depan sikit rupanya ada accident. Motor dan kereta.
Baru lagi kejadian tu sebabnya mangsa ada lagi terbaring kepala dia atas beg. Tengah tengok handphone maybe nak maklum kepada saudara maranya. Nampak macam adik tu balik kampung sebab ada beg. Ada la orang tepi dia mungkin untuk pantau keadaannya. Mungkin nak tunggu ambulans tu.
Tengok keadaan motor memang teruk langgar belakang kereta. Hentaman kuat habis tayar belakang kereta dan motor pun teruk jugak remuk. Semoga takde apa-apa la yang serius adik tu tadi. Kami lalu tempat kejadian pukul 6.25 petang. Kiranya tak lama la jem tu. Selepas tempat tu dah lancar.
Exit Kuantan
Sampai Plaza Tol Kuantan 6.40 petang. Tolak tambah campur bahagi darab lebih kurang 4 jam ye touch Kuantan. Ni belum sampai hotel lagi. Fuhhhh kematu montot. Kalau takde berhenti, takde halangan apa-apa Lipis ke Kuantan 3 jam je. Tu yang kami lebih suka ke KL je lebih dekat.
Pukul 7 sampai hotel terus check in dan bersiap untuk dinner pukul 8 malam.
Sampai sini je perjalanan alam maya kita ye. Nanti sambung cerita-cerita lain pulak.
3 Ulasan
Wah.. seronok pusing-pusing Pahang... lama tak jejak kaki ke negeri Pahang...
BalasPadamMemang kematu montot duduk lama dalam kereta.
BalasPadamAllah! Ada excident rupanya.
Jauh juga perjalanan tu walaupun di negeri yang sama. Dah dibawa jalan-jalan kita enjoy je lah ye. Mujur juga ada berhenti dan beli bekalan. Kalau tidak jenuh juga duduk dalam kereta.
BalasPadamSemoga mangsa kemalangan dipermudah segala urusan dan tak ada yang cedera teruk, baik-baik saja. Aamiin..
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.