Sarapan Di Restoran Sedaya Benta Lipis

Hari cuti ni panjang la langkah nak berjalan. Kat Lipis tiada perarakan Maulidur Rasul. Tadi sempat la sekejap tengok sambutan Maulidur Rasul kat TV1. Perarakan sambil berselawat di Putrajaya. Masing-masing segak berbaju melayu, bersamping dan bersongkok bagi kaum lelaki. Kaum wanita pulak berbaju kebangsaan kemas dengan tudung dan selendang.

Faiz ajak ke KL hari ni nak shopping sikit baju dia nak pergi kenduri sepupunya nanti. Boleh la Cie dan anak-anak menyelit shopping jugak. Anak-anak dalam proses pembesaran ni baju banyak la kena beli baru dah tak muat. Semakin besar semakin memilih nak pakai apa. Layankan jela 2 orang anak dara.

Pukul 8 lebih pagi tadi keluar dari rumah. Faiz tanya nak makan di mana. Cie kata hala ke Raub jela nanti singgah jela mana-mana kedai yang ada tepi-tepi jalan tu. Faiz melencung masuk ke Benta. Pusing-pusing nampak la 1 restoran ni penuh juga orang. Biasa kalau penuh ni mesti sedap dan terkenal.

Faiz parking seberang jalan berdepan dengan Restoran Sedaya Benta, Lipis. Kami tak pernah makan di situ. Kiranya pertama kali la.


Hadapan Restoran Sedaya Benta Lipis



Bila kami sampai nampak suasana kedai macam tiada meja kosong, tapi mujurlah masih ada meja kosong untuk empat orang. Rasanya memang nasib baik kami datang awal sikit sebab kalau lambat, mungkin kena cari kedai lain.

Meja banyak semuanya dipenuhi dengan pelanggan. Ada yang datang berdua, satu keluarga besar, ada juga bersama rakan-rakan. Suasana kedai juga agak riuh dengan suara pelanggan sedang berborak. 

Masa kami menunggu di meja tu tiada siapa pun yang ambil pesanan kami. Tertanya-tanya juga macam mana cara pesanan restoran ni. Cie pun terus bangun dan bertanya kepada pekerja di bahagian kaunter makanan. Pekerja tu terus datang ke meja kami ambil pesanan.


Mulanya Nak Order Roti Canai

Kami mula nak order roti canai kosong dan roti sarang burung. Tapi pelayan cakap, roti canai lambat sikit sebab ramai lagi pelanggan belum dapat pesanan. Cie tengok orang ramai menunggu roti canai, baru faham kenapa lambat. Jadi kami tukar order lain supaya tak tunggu lama.

Akhirnya, menu kami:

  • Cie dan kakak Raisha – Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah
  • Faiz – Nasi Lemak Rendang Ayam
  • Adik Rania – Nasi Lemak Telur Mata

Nasi lemak ayam berempah

Nasi lemak rendang ayam

Nasi lemak telur mata

Nasi lemak ayam berempah


Minuman kami pilih Teh O Ais 2 gelas dan Limau Suam. Cie share je dengan anak-anak teh o ais memang tak habis biasanya. Nak elak membazir share jela. Faiz minum Limau Suam.


Hidangan Sampai, Perut Pun Kenyang

Tak lama lepas tu hidangan kami sampai. Nasi lemaknya disertakan sekali telur mata walaupun order nasi lemak ayam dan nasi lemak rendang ayam.

Sambalnya dipenuhi dengan bawang. Takde sangat jumpa ikan bilis. Anak-anak memang tak makan la kalau sambal ada hirisan bawang ni. Sambalnya tak pedas ada rasa masam asam jawa.

Minuman pun sedap. Teh O Ais pekat manis, sejuk je tekak bila sedut air minuman. Tak kira waktu ais tetap jadi pilihan.


Sedikit Info Tentang Restoran Sedaya

Restoran Sedaya Benta ni memang agak terkenal di kawasan setempat. Lokasinya strategik, mudah di akses dari jalan besar. Kedai ni buka setiap pagi, biasanya ramai penduduk tempatan datang sarapan, terutama hujung minggu. 

Menu utama adalah nasi lemak, roti canai, pulut rendang dan kuih-muih tempatan. Selain sarapan, mereka juga ada sediakan minuman panas dan sejuk. Suasana santai, sesuai untuk keluarga, dan ada ruang yang cukup walaupun kedai penuh.


Selepas Sarapan, Terus Ke KL

Selepas kenyang, kami teruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Bila perut dah kenyang ni masing-masing ceria la nak meneruskan perjalanan. Mana arah tujuan kita hari ni? Sambung di next artikel. Selamat berhujung minggu rakan-rakan blogger. Jangan lupa tau join Giveaway Anniversary Cie ada pin di sidebar.


Catat Ulasan

4 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.