Tebus SARA Di TF Value Mart

13 September hari tu Cie dah tebus SARA di BS Freshmart beli sikit barang so ada baki lagi RM65.05. Masa tu beli keperluan diri je. Takdela habiskan RM100 tu. Baki pun boleh carry forward kan.

Minggu lepas 28 September Cie habiskan terus tebus SARA beli barang di TF Value Mart. Kebetulan memang nak restock bahan kering. Cie main ambil je takdela kira berapa.

Penulis membeli barang dapur

Sampai je kaunter asingkan dulu barang nak tebus SARA. Settle yang tu dulu supaya kalau tak cukup nanti boleh bayar biasa je. Cashier scan semua barang memang ngam RM65.05. Kagum dengan diri sendiri. Hahahah. Ngam pulak tu so settle terus habis dah SARA kami laki bini.

Antara barang yang Cie beli ngam RM65.05:

  • Gula 1kg x 2 peket
  • Sos cili 725gm x 1 botol
  • Sos tomato 685gm x 1 botol
  • Sos thai 750gm x 1 botol
  • Gardenia numee 480gm x 1 peket
  • Indocafe refill 100gm x 1 peket
  • Kicap jalen 2L x 1 botol
  • Bay leaf 10gm x 1 peket
  • Teh uncang 40pcs x 1 peket

Barang macam ni pun dah RM60 lebih. Belum masuk bahan asas lain lagi. Memang keras sikit harga bahan makanan sekarang. Zaman dulu RM100 memang penuh troli macam-macam boleh dapat. Semakin lama semakin tinggi harga barang.

Tebus sara rm100

Tebus sara rm100

Begitulah kan. Kerajaan bagi bantuan mana yang layak tu guna la sebaiknya. Boleh jimatkan sikit perbelanjaan. Macam bantuan MyKasih tu bantuan bulanan. Ramai jugak yang layak. 

Sistem SARA dah ok sekarang. Boleh la tebus mana yang belum selesai tu. Selesai awal senang. Yang pasti Cie dan Faiz dah habis berbelanja. Memang kami manfaatkan bantuan kerajaan ni. Alhamdulillah.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Alahai asyik lupa nak tebus. Sebab asyik ke kedai runcit dekat rumah.

    BalasPadam
  2. hebat betul ni, belanja ngam2 habis RM65.05 tu, hehe.
    saya pun baru tebus last week. campur SARA adik ngan kakak saya sekali utk topup barang2 rumah. kitorang beli kat econsave, dalam sejam juga Q

    BalasPadam
  3. wah terer lah cie belanja, ngam-ngam soi harga barang. Alhamdulillah syukur dapat free RM 100. Ada ke patut ada YB tu kata cukup Rm100 bantuan tersebut, agaknya dia tak pernah belanja kut tu yang tak tahu harga barang sekarang melangit harganya. Nak cakap banyak pun buat ngabehkan boreh je alhamdulillah syukur masih boleh makan di bandingkan orang yang lebih susah.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.