Kebetulan hari tu nampak reels Dato’ Abdul Rahman Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ahli Parlimen Lipis ada singgah makan di situ. Tu la baru tengok menarik jugak kedai ni.
Masuk ke dalam kawasan kampung. Jalan kecil ye. Kalau berselisih tu kena ke tepi sikit baru muat lalu. Dari rumah Cie ke Dapo Kayu tu dalam 30 minit.
Lama dah nak ke Dapo Kayu ni tapi belum berkesempatan sebabnya setiap minggu adik Rania ada kelas weekend. Kedai Dapo Kayu tu hanya buka Jumaat hingga Ahad saja. Hari ni adik Rania takde kelas tu yang ajak Faiz sarapan kat situ.
Kedainya dibuka dari 7.30 pagi hingga 12 tengahari. Kami sampai tadi 8.20 pagi. Masih banyak tempat kosong. Bila kami dah lama duduk situ makin ramai orang datang dan mereka kena buka meja tambahan sebabnya tak cukup tempat.
Kawan Faiz cakap kalau hari Sabtu biasanya geng motor, kalau Ahad geng family. Memang betul la tadi ramai datang dengan family ramai-ramai.
Menu Yang Disediakan
Menu kat situ memang sesuai untuk sarapan pagi. Ada pelbagai jenis roti bakar, nasi lemak, mi kari, mi kicap, pelbagai jenis minuman. Harga pun agak berpatutan la rasanya dengan kedai suasana kampung moden macam tu.
Kami sampai je dan duduk pelayan pun serahkan kertas order dan pen untuk kami tanda sendiri apa nak order. Bila dah siap order kita boleh terus hantar ke kaunter.
Ini antara menu yang kami pesan:
- Nasi lemak ayam & telur mata
- Lempeng nyor & sambal bilis
- Rendang daging
- Mi kicap
- Roti bakar butter & kaya
- Roti bakar milo tabur
- Premium kopi Kluang (hot)
- Kopi Kluang (cold)
- Iced Thai green tea
- Iced Thai tea
Roti bakar buttet dan kaya
Mi kicap
Nasi lemak ayam dan telur mata
Roti bakar milo tabur
Lempeng nyor dan sambal bilis
Rendang daging
Mi kicap makan bersama garlic oil
Total bil tadi Faiz cakap RM51. Breakfast like a queen betul ni. Biasa dah sekarang harga macam ni kan.
Rasa Makanan dan Minuman
Kesedapan rasa makanan ni subjektif. Terpulang atas tekak masing-masing. Bagi Cie ok la. Ayam untuk nasi lemak tu sedap perapan dia tu. Sambal nasi lemak tu boleh la tak pedas sangat. Mi kicap tu pun ok juga makan dengan garlic oil.
Roti bakar milo tabur tu sedap jugak. Macam tak cukup tadi kakak Raisha makan. Lempeng nyor tu pun ok la. Cuma rendang daging tu liat sikit dagingnya. Rasa sedap jugak.
Air nya pun ok la. Rasa kopi tu bagi Cie ngam dengan tekak Cie. Yang Faiz punya premium kopi kluang tu pekat likat dan manis. Cie minum sikit tadi. Susu dia tu rasa sedap. Nak kata susu pekat macam lain sikit rasanya.
Keseluruhan Pengalaman Makan Di Dapo Kayu
Bila dah viral dan ramai orang datang tu mereka nakkan suasana kata orang tu kan. Sebab kalau ikutkan kena masuk ke dalam kawasan kampung. Makan bawah pokok syok la juga suasananya. Ada juga tempat makan bahagian dalam kedai tapi masih lagi terbuka la takde dinding.
Masa kami sampai tadi tak ramai lagi orang jadi dapat la tempat duduk bawah pokok, belakang tu ada pokok getah. Suasana tu best la tenang je untuk bersarapan. Kedainya berdepan je dengan rumah owner. Bagus la idea owner buat kedai macam ni.
Lepas siap makan tapi kami cepat-cepat bangun. Tengok masih ramai orang baru sampai. Masa kami dah keluar tadi pun berselisih lagi dengan beberapa kereta baru nak masuk ke situ la agaknya tu.
















4 Ulasan
Menarik sesekali layan mkn kat tempat baru .bym pilihan mknn
BalasPadamFuh, macam-macam ada. Best juga, makan di tempat banyak pokok, tenang je rasa.
BalasPadamMemang tempat viral ni. Sekarang banyak kedai konsep lama² macam ni dan ramai orang suka, tu jadi viral.
BalasPadamMakan bawah pokok begini mmg rasa seronok, sejuk dan bernostalgia la kan...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.