Beli Hotdog di Savor Shack Lipis

Seperti yang Cie share sebelum ni. Cie akan create tajuk dulu sebelum mengarang. Tajuk dah lama ada tapinya tak sempat lagi nak mengarang. Mohla kita mula bercerita kisah Oktober yang dah berlalu. Dah masuk November masih ada cerita Oktober.

Pada 20 Oktober yang lepas, Cie singgah di Savor Shack, sebuah gerai hotdog yang dibuka di Lipis Centrepoint. Lama dah buka cuma tak berkesempatan nak singgah lagi. Kami singgah tu dah nak Maghrib. Kebetulan taktau nak makan apa dinner.

Menu di savor shack

Cie tak turun pun cuma anak-anak dan Faiz je turun. Entahla mereka order apa. Cie pesan suruh beli 2 je. Sebabnya masih kenyang sebenarnya saja jela order. Tak ingat masak tu kami makan apa sebelah petang. Takde pulak ambil gambar.

Faiz suruh anak-anak tanya Cie dalam kereta. Taknak ambil gambar ke. Cie macam terkejut jugak la kan tiba-tiba je. Adik Rania cakap mesti babah tau ibu nak masuk dalam blog kot. Cie pun bagi handphone dan adik Rania snap gambar menu. Ingatkan banyak la dia snap. Hahaha.

Banyak juga menu yang disediakan di situ kalau mengikut papan menu tu. Setiap menu ditawarkan dengan pilihan chicken, beef atau lamb serta dilengkapi sos istimewa yang menjadikannya nampak mewah walaupun dari gerai jalanan.

Untuk kunjungan kali ini, kami membeli dua menu iaitu The Heritage (Chicken) berharga RM9.00 dan Crisp Royale (Chicken) berharga RM15.00. Kedua-duanya dibungkus untuk dibawa pulang. Walaupun tidak dimakan di situ, makanan masih panas dan roti kekal lembut bila sampai di rumah.

Resit di savor shake

The heritage chicken

Crisp royale chicken

Yang The Heritage tu anak-anak kata patutnya ada sos tapi anak-anak mintak taknak sos. Jadinya ada bawang jela.

Crisp Royale tu kalau ikutan chciken tapi Cie makan macam daging je. Tak sure la salah bagi ke apa. Tapi memang daging slice tu.

Mujur la tak order 1 sorang. Memang kenyang makan dan anak-anak tak suka sangat. Buat rasa-rasa boleh la. Janji dah pernah cuba kan.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Menarik kedainya. Kalau masak burger atau hotdog ada bawang, mesti sedap.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.