Faiz cakap jom la keluar dia nak beli barang kat Mr Diy. Kami 3 beranak pun tukar baju. Seharian tak keluar rumah hari ni. Dari pagi duduk rumah je, petang baru keluar.
Sungai depan taman Cie pun dah mula surut. Nampak la kesan lumpur tu. Biasanya 3 hari je banjir. Hari pertama akan naik iaitu hari Jumaat, hari Sabtu air bertahan je dan Ahad surut. Disebabkan hari Sabtu dan hari ni takde langsung hujan, cuaca dah panas tu yang air sungai tak naik sampai ke atas jalan. Alhamdulillah. Takdela ramai yang terkesan kali ni berbanding 2021 dulu.
Air yang naik di Dataran Orang Kaya Haji pun dah surut sepenuhnya. Baru la nampak padang bola. Rumput dah jadi warna coklat lumpur. Tunggu hujan la baru bersih.
Keadaan petang tadi, banjir dah surut sepenuhnya
Jumaat 28 November hari tu waktu air mula naik
On the way balik dari tengok banjir surut area bandar tadi ada nampak orang jual durian Musang King tepi jalan. Faiz singgah la. Kami tunggu dalam kereta je. Faiz beli sebekas. Cie tanya berapa. Katanya RM90 ye guys. Telan ailio Cie dengar.
Balik rumah je Cie dan adik Rania serbu dulu. Cie 2 ulas, adik Rania 3 ulas. Durian mahal mesti la sedap kan. Kakak Raisha bukan peminat durian. Dia makan 1 ulas je. Simpan dalam fridge jela esok sambung makan. Tak boleh makan banyak durian ni tebal dan berlemak. Kalau durian kampung tu banyak ulas pun steady je.





14 Ulasan
Sedap juga makan durian ni tapi macam Dania dia tak makan durian. Dia tengok je ummi dan ayah dia makan.
BalasPadamPuas hati makan walaupun harga dia mahal. Sebab tebal dan berlemak. Makan seulas dua pun dah kenyang.
BalasPadamAlhamdulillah. Banyak tempat dah surut tu. Untung juga keluar dapat rezeki makan durian juga. Durian musang king memang mahal. Nasib baik juga dapat yang elok tu Cie.
BalasPadamAlhamdulillah dah surut dah...KL pun dah 2 hari x hujan..Terliur tgk durian tu =D
BalasPadamteringat masa banjir pi hantar bantuan ke lipis, tengok dataran tu dah jadi macam kolam renang.
BalasPadamsedapnya durian. ok dah rege gitu sbb dpt byk ulas tu
BalasPadamBoleh tahan murah jugak harga durian tu Cie...sedapnyaaa
BalasPadamOoo.. baru tahu tak boleh makan banyak. Tak pernah lagi merasa musang king ni. Boleh tahan harganya.
BalasPadamSabtu Ahad dah panas.. Alhamdulillah
BalasPadam..
Puas hati tu dapat makan MK.
Kalau dah nama musang king, black thorne, memang tutup mata saja baca harga kak 🤣. Sesekali bolehlah kan. Saya pun makan ini kalau sedang di Penang. Kalau di jakarta, cari durian kampung lah 🤣
BalasPadamsemoga dipermudahkan urusan kita semua... durian tu bleh pos tak? sedap nya heheheh
BalasPadamBanyak juga isi dia.. Durian isi tebal ini memang kena makan sikit-sikit.. Tak sama macam durian kampungkan..
BalasPadamBanjir kali ini muncul di tempat yang tak disangka..
Syukur alhamdulillah, banyakkan doa syukur ya banjir dah tak ada..semoga lepas ji tak banjir lagi ya
BalasPadamDurian luar musim ke ni?
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.