Keputusan Segmen Bloglist #2 Roziah Muhammad Nor (Januari – Mac 2026)

Alhamdulillah, selesai sudah Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2 (Januari – Mac 2026). Terima kasih yang tidak terhingga Cie ucapkan kepada semua rakan blogger yang sudi meluangkan masa untuk menyertai segmen kali ini.


Untuk segmen bloglist bilangan kedua ini, jumlah penyertaan yang diterima adalah seramai 8 blog sahaja. Walaupun jumlahnya tidak ramai, Cie sangat menghargai setiap penyertaan yang diberikan. 

Oleh itu, dengan penuh rasa berbesar hati, Cie membuat keputusan untuk menerima kesemua penyertaan dan memasukkan semua blog yang menyertai ke dalam bloglist sidebar Cie.

Walaupun pada asalnya Cie nak masukkan 5 pemenang je. Tapi disebabkan Cie rasa nak hargai 8 blogger yang sudi join ni Cie buat keputusan untuk masukkan semua sekali.


Senarai Semua Blog Dalam Bloglist #2

Berikut ialah senarai penuh semua blogger yang telah menyertai dan terus terpilih untuk berada dalam bloglist sidebar blog Roziah Muhammad Nor bagi tempoh Januari – Mac 2026:

Tahniah dan terima kasih kepada semua rakan blogger di atas.


Bloglist Bermula 1 Januari 2026

Mulai 1 Januari 2026 nanti, kesemua 8 blog ini Cie akan masukkan ke dalam sidebar bloglist Roziah Muhammad Nor dan akan kekal berada di sana selama 3 bulan, iaitu dari Januari hingga Mac 2026.

Cie amat menggalakkan semua blogger yang tersenarai untuk kekal konsisten mengemas kini entri sepanjang tempoh bloglist ini supaya blog anda lebih dikenali dan bloglist ini benar-benar dapat memberi manfaat kepada semua.


Terima Kasih Atas Sokongan

Cie sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan blogger yang menyertai segmen ini. Sokongan anda semua amat Cie hargai. Semoga melalui segmen bloglist ini, kita dapat terus mengeratkan silaturahim dan memeriahkan dunia blogging bersama-sama.

Insya-Allah, Segmen Bloglist #3 akan dibuka pada batch seterusnya. Nanti jangan lupa support tau.


Catat Ulasan

3 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.