Lunch Di Familymart & Beli Barang Di Ninso

Lunch Cie tak masak. Memang plan nak makan di Familymart. Anak-anak request dah. Lagipun dah penat tadi mengemas bilik anak-anak dan stor. Buang mana yang dah tak berguna. Time rajin kemas-kemas la sikit.

Siap mengemas, pukul 11 lebih terus ajak anak-anak keluar. Kalau tengahari sangat biasanya ramai orang lunch kat FM tu. Takde meja kosong. Anak-anak request nak dine in. 


Rezeki kami masuk FM memang tak ramai orang. Ada
1 meja je ada orang makan. Lepas siap kami membeli orang tu dah keluar. Jadinya kosong jela takde orang. FM kami yang punya. Baru best nak makan takde orang.

Familymart kuala lipis

Kami order:
  1. Dry Korean Cheese Ramen RM7.50 x 1 - kakak Raisha
  2. Dry Korean Cheese Ramen(Sausage) RM8.90 x 1 - adik Rania
  3. Chicken Lasagna RM11.50 x 1 - Cie
  4. Iced Hazelnut Latte RM7.90 x 1 - Cie
  5. Brown Sugar Bubble Milk Tea RM9.20 x 2 - kakak Raisha dan adik Rania




Pertama kali try lasagna tu sedap jugak. Cie panaskan sendiri kat situ guna microwave yang disediakan. Hazelnut Latte macam tak sedap pulak kali ni. Milk Tea tu pertama kali anak-anak cuba. Katanya sedap lagi Tealive. Dah la mahal kemain sampai RM9.20. Ingatkan cup besar rupanya cenonet je.


Siap makan hantar air kat dalam kereta dulu. Tak habis Cie minum Hazelnut Latte. Anak-anak habis airnya kepedasan makan ramen. 

Sebaris FM tu ada Ninso, ada Happy Home. Masuk ke Ninso beli apa yang patut. Takdela banyak pun dalam RM20 lebih je leburkan duit kat Ninso tu. Kat Happy Home takde apa yang dibeli. Masuk pusing-pusing keluar semula terus balik je.


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. MZ tak de gi mana2 hari ni...td gi antar razeen gi tusyen kumon then singgah watsons jap then singgah beli lunch, then now mereput kat rumah jer..ada byk keje (office work)nak kena buat niii tp mood tak berapa gigih

    BalasPadam
  2. sedap tgk ramen tu..smlm ank br buat ramen....tk pernh lg masuk ke ninso

    BalasPadam
  3. Anak-anak suka makan ramen.
    Memang seronok makan tak bersesak. Santai-santai jew

    BalasPadam
  4. Dah mula cuti sekolah..dua beradik tu jemu lah nanti duduk rumah..hihihi

    BalasPadam
  5. Dulu Cuya selalu order ramen FM guna Foodpanda. Sekarang dah tak dah. Banyak order jajan je kt TikTok hehe

    BalasPadam
  6. Saya paling suka beli pasu di NINSO..tak selalu ke NINSO..suri hati biasa shopping

    BalasPadam
  7. Ramen tu pedas, bagi saya. Boleh berpeluh makan, walau aircond familyMart kuat. Best juga jalan² masuk Ninso.

    BalasPadam
  8. Ikutkan akak suka makan lepak2 macam ni kalau x tau nak masak apa..tapi knowing PZ kat rumah kan..memang tetap la kena masak...

    BalasPadam
  9. Aiiiiih jadi teringin makan di FM 😄😄. Untungnya kalau FM dekat rumah saya ada. Jadi bolehlah ajak anak2 makan ramen di sana 😄😍. Sukaaaa memang dengan menu2 yg dijual, walaupun untuk kopinya saya biasa saja. Tp makanan mereka sedap.

    BalasPadam
  10. wah dapat idea dah. thank you cie. nanti boleh bawa budak ni lepak FM la. best juga . santai dan tak panas elok ada ekon dan makanan ada banyak jenis

    BalasPadam
  11. kalau menu macam ni saya kurang sikit, saya memang suka makan nasi

    BalasPadam
  12. Awal tahun ni CCL belum jejak kaki ke dua tempat ni lagi .. hehehe ..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.