Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2 (Januari – Mac 2026)

Alhamdulillah, sekarang sedang berlangsung Segmen Bloglist #1, Cie kembali dengan Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2. Terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan blogger yang telah menyokong dan memeriahkan segmen sebelum ini.

Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2 (Januari – Mac 2026)

Untuk segmen kali ini, Cie sekali lagi membuka peluang kepada rakan blogger untuk tersenarai dalam bloglist sidebar blog Roziah Muhammad Nor bagi tempoh Januari hingga Mac 2026

Tujuan utama segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan silaturahim sesama blogger, memeriahkan aktiviti blogwalking, dan memberi pendedahan kepada blog rakan-rakan yang turut serta. Mudah juga bagi Cie dan rakan blogger lain untuk blogwalking jika tersenarai di bloglist.


Cara Penyertaan

  1. Buat satu entri di blog anda dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2 (Januari – Mac 2026).
  2. Letakkan banner segmen dan backlink ke entri ini.
  3. Tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini.

Tempoh Segmen

Tarikh mula: 22 Disember 2025 11.59am
Tarikh tamat: 28 Disember 2025 11.59pm


Pemilihan Bloglist

  • Pemilihan blog akan dibuat secara cabutan rawak menggunakan Wheels of Names bagi memastikan proses pemilihan yang adil dan telus.
  • Sebanyak 5 blog akan terpilih untuk disenaraikan dalam bloglist sidebar.
  • Blog terpilih akan berada di dalam bloglist untuk tempoh 3 bulan (Januari – Mac 2026).
Cie amat menggalakkan blogger yang terpilih nanti untuk kekal konsisten mengemas kini blog sepanjang tempoh bloglist ini supaya blog anda lebih dikenali dan bloglist ini benar-benar memberi manfaat kepada semua.


Manfaat Sertai Segmen Bloglist

Antara manfaat menyertai segmen ini ialah:
  • Peluang blog anda dipaparkan di sidebar blog Roziah Muhammad Nor.
  • Menambah trafik dan pembaca baru melalui aktiviti blogwalking.
  • Mengembangkan jaringan kenalan sesama blogger.
  • Memberi motivasi untuk terus aktif dan konsisten menulis di blog.

Jom Sertai Segmen Bloglist #2

Jom sama-sama kita teruskan sokongan sesama blogger dan memeriahkan dunia blogging. Semoga segmen ini memberi manfaat kepada semua yang menyertai dan hubungan silaturahim antara kita terus terjalin dengan baik.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Alhamdulillah LZ join Cie, ini link segmen LZ : https://dailyblissjournal.blogspot.com/2025/12/segmen-pencarian-bloglist-roziah-muhammad-nor.html

    BalasPadam
  2. Yes, ada lagi segmen ni... In Sha Allah Akk cuba join kali ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.