Girls Day Out 17 Januari 2026

Hari ni keluar bertiga je dengan anak-anak. Faiz takde dia pergi hiking Bukit Peninjau Kampung Gua dengan team tempat kerja dia. So awal pagi lepas iron baju kerja Cie terus keluar dengan anak-anak. Adik Rania request nak sarapan di Kopi Stesen. Ada beberapa aktiviti girls day out hari ni.

Tapi tu la selfie pun terlupa pulak. Memang takde gambar 3 beranak rupanya. Selalunya ada je.

Sarapan Pagi di Kopi Stesen

Cie drop dulu anak-anak suruh masuk cop tempat dulu sementara Cie pergi parking kereta. Cie dah siap parking kereta baru la masuk kedai dan order. Kami order Nasi Lemak Ayam 2, Roti Bakar 2 set, Kopi O Ais, Teh O Ais dan Air Botol Sarsi.




Kakak Raisha tak habiskan Nasi Lemak so ibu la kena habiskan. Adik Rania je makan habis Nasi Lemak dia. Roti Bakar tu Cie makan 2, kakak Raisha 1 dan adik Rania 1.


Beli Kasut Sekolah di Kedai Mee Keong

Hari pertama sekolah adik Rania cakap sakit kaki kasut ketat. Hari tu sebelum buka sekolah dia cakap kasut ok lagi tu yang tak beli masa pergi shopping di KL tu. Geram betul la dengan budak ni. Dia pakai kasut kakak dia la tukar sementara nak beli weekend. 


Tadi lepas sarapan nampak kedai tu buka mulanya nak survey harga dulu. Bila tengok kasut ok dan harga pun ok terus jela beli. Malas nak fikir dah. 

Beli sepasang sorang. Kakak Raisha pun tukar kasut jenis bertali pulak. Hari tu masih pakai kasut yang pelekat tu. Mulanya adik Rania nak beli yang pelekat tu juga. Cie dan kakak Raisha cakap beli yang bertali jela. Akhirnya dia setuju beli la yang bertali tapi lain-lain brand.


Kakak Raisha brand Line 7 dan Adik Rania brand All America. Total 2 pasang tu tadi RM82. Dapat kalendar mini tu 3. Borak dengan owner tu tadi dia cakap kedai dia dah 50 tahun. Memang lama dah masa Cie sekolah dulu pernah la jugak membeli di situ.




Perpustakaan Awam Lipis

Siap membeli kasut kami terus singgah di Perpustakaan Awam Lipis. Dah lama tak ke situ. Teman adik Rania buat NILAM. Cie pun mengadap la blog sekejap tukar setting untuk blog archive terus tadi. Sekejap je bateri laptop habis terus shut down laptop. Cie tolong adik Rania key in buku dalam AINS pulak guna handphone.



Nak charge laptop kat perpustakaan tu kena bayar RM2 sejam. Cie malas nak bayar. Takde apa dah nak guna laptop tu. Dulu masa mula Cie ke perpustakaan ni tak kena bayar pun. Ni lama tak datang tengok dah kena bayar.


Settle adik Rania buat NILAM kami terus gerak ke destinasi seterusnya. Nak singgah DIY ada nak beli barang sikit.


Bungkus Makanan di Che Ngah Cafe

Singgah DIY tadi takde ambil gambar jadinya tak share la. Cie beli berus untuk keyboard, berus habuk untuk office, wet tissue, bateri. Lepas siap beli barang di DIY terus singgah Che Ngah Cafe untuk bungkus je. Anak-anak taknak makan lagi masih kenyang.


Cie call Faiz tanya nak tak Nasi Goreng Ayam. Dia cakap nak jugak. Bungkus la 4 total RM35.60. Lama jugak duk menunggu nasi siap dalam setengah jam jugak. 





Singgah Pick Up Zus Coffee

Cie nak guna voucher discount 15% so Cie order la Iced Spanish Latte dan nak try Chocolate Kunafa Cake. Tak rugi beli memang sedap kek tu. Rasa nak repeat lagi la.




Coconut Shake

Anak-anak nak Coconut Shake pulak so singgah la sebelum balik kat depan SK Wan Ibrahim. Coconut Shake kat situ memang sedap. 2 beradik tu je turun beli yang small RM5.50 1 cup.




Selesai Setengah Hari Girls Day Out

Kalau Faiz ada program lain macam ni la kami 3 beranak je ke mana-mana. Time rajin keluar la, kalau time malas memang mereput je kat rumah. Ada masa malas jugak nak drive. Hari ni terajin pulak.

Balik rumah beristirehat jela sebelum lunch selepas Zohor. Hujung minggu kalau tak ke mana-mana memang duduk rumah jela berehat. Penat kerja Isnin hingga Jumaat, hujung minggu waktu berehat.


Catat Ulasan

0 Ulasan