Sarapan Cucur Crabstick Dan Sosej Goreng

Pagi tadi terajin sikit sediakan menu sarapan pagi. Setelah takde idea nak makan di mana dah. Pusing-pusing kedai sama dan menu sama jadi baik la kita masak sendiri je menu sarapan pagi yang simpel iaitu Cucur Crabstick dan Sosej Goreng.


Kiranya kali kedua dah Cie buat Cucur Crabstick ni. Pernah dah share Resipi Cucur Crabstick sebelum ni. Crabstick lebih buat steamboat hari tu kita jadikan la cucur je untuk sarapan pagi ni.

Pukul 7.30 pagi Cie mula masuk kitchen dan buat cucur. Ada juga sosej 4 batang Cie potong dan gaul dengan tepung serbaguna. Goreng jela sekali untuk sarapan.

Jadi la menu sarapan hari ni 2 jenis. Sos pencicah wajib ada sos tomato dan blackpepper, sos thai dan mayonis. Sos tomato dan blackpepper tu Cie sorang je makan. Memang sedap la di tekak Cie rasa masam-masam tu.

Siap sarapan duduk-duduk kejap sebelum keluar mencari lauk pauk dan sayuran. Lunch ni dah plan nak masak Nasi Arab Kambing dan Ayam versi Cie. Kalau rajin kang Cie cerita kat blog. Kalau malas nanti kita masuk list schedule.

Posting weekdays mostly memang Cie dah schedule siap-siap masa weekend. So jimat la masa nak blogwalking. Weekdays je kekadang Cie tulis entri terus post on the spot.


Catat Ulasan

0 Ulasan