Menu Lunch: Nasi Arab Kambing Dan Ayam

Pagi tadi masak sarapan Cucur Crabstick dan Sosej Goreng, lunch pulak rajin jugak masak Nasi Arab Kambing dan Ayam. Pagi beli barang dapur terus beli bahan masak untuk Nasi Arab. 

Lama rasanya tak masak nasi berperisa. Sekali bukak plastik beras basmathi tengok ada bubuk dah. Banyak pulak tu. Dah la beli sepeket tu 2 kilo. Terus Cie letak dalam dulang dan jemur kat porch bagi lari binatang tu. 

Plastik tu Cie buang je salin beras kat bekas lain. Pesan dah kat Kakak Raisha nanti masak nasi, campur sikit beras biasa tu dengan beras basmathi tu. Bagi cepat sikit habis. Sayang jugak kalau rosak. Lepas ni kena beli yang sekilo tu jela. 

Cie masak Nasi Arab takdela guna resipi mana-mana. Selalunya hentam jela asalkan ada rupa dan gaya tu boleh dimakan sedap tu kira ok la. Kali ni buat kambing dan ayam. Selalunya buat ayam je.

Cie buat Nasi Arab, Ayam Bakar, Kambing Bakar, Salad Timun, Sambal Tomato, Sup. Ayam dan kambing tu Cie dah rebus dulu lepas tu baru la bakar. 


Siap hidang dalam dulang ye. Feel macam makan kedai Nasi Arab la kononnya. Pernah je makan kat porch dan bentang tikar. Susah nak makan berebut-rebut. Jadinya hidang jela kat dalam dulang, makan la dalam pinggan.


Masak 2 cup beras basmathi, 2 ketul ayam bahagian peha dan tight serta 2 keping kambing. Alhamdulillah habis licin. Berselera anak beranak ni makan. 

Selalunya Cie masak memang takde leftover. Habis licin kami makan. Dah boleh bajet sebanyak mana nak masak kalau makan 4 beranak. Fasa anak-anak tengah membesar ni memang banyak makan. 


Lepas solat Zohor kami makan. Sambil tengok NONA kat TV3. Bila perut dah kenyang mata mula mengantuk. Pukul 3 tertidur sampai la dekat Asar baru terjaga. Lena betul tidur siap mimpi. Bangun tidur, solat Asar lepas tu masuk kitchen untuk masak dinner pulak. 





Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Nampak sedapnyer
    nasi arab memang kena regu dengan kambing baru ngam

    BalasPadam
  2. Lama tak makan nasi Arab ni Cie....nampak sedap tu.

    BalasPadam
  3. Wah pandai akk hentam resipi hehe
    Menjadi jugk tu

    BalasPadam
  4. sedapnya! dh lama MZ tak mkn nasi arab

    BalasPadam
  5. Sedap nampaknya tu Cie... Teracun pulak 😅
    Akk dah lama tak tengok Nona...

    BalasPadam
  6. Masya-Allah, sedapnya tengok. Dihidang dalam dulang pula. Dapnya! 😋

    BalasPadam
  7. Wah sekali makan untuk tengahari.
    Nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  8. Sedap berjus kan ayam dan kambing direbus dulu baru panggang.

    BalasPadam
  9. Isssssh sedapnya kak, 😍😍😍😍. Saya kalau asal hantam buatnya, bukan menjadi, failed Sedulang yg ada 🤣🤣🤣.

    Selalunya kalau teringin pesa Darjo teman yg memang jualan nasi arab . Paling sukaaa lah kalau makanan kaya rempah begini

    BalasPadam
  10. Sesekali makan nasi arab, pasti ad daging kambing bersama..

    BalasPadam
  11. nasi arab kalo lauk kambing mmg fav compare dgn ayam...tp dua2 mkn je

    BalasPadam
  12. Kak SA pernah makan sekali masa ada event kat opis..sedap rupanya nasi arab tapi akak lebih suka makan dengan lauk kambing

    BalasPadam
  13. rajinnya kak cie masak nasi arab!
    rupa dia nampak menjadi tu

    BalasPadam
  14. Alamakkkk... nak kena pi cari ke ni huhu😆

    BalasPadam
  15. nampak sedap cie. siap hidang dalam dulang macam beli . lawa cara hidang

    BalasPadam
  16. Pergh!! Mantap.. siap bubuh dalam dulung..
    Selalu kalau beras ini, Sha simpan dalam peti ais untuk elakkan bubuk tu..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.