Lama rasanya tak masak nasi berperisa. Sekali bukak plastik beras basmathi tengok ada bubuk dah. Banyak pulak tu. Dah la beli sepeket tu 2 kilo. Terus Cie letak dalam dulang dan jemur kat porch bagi lari binatang tu.
Plastik tu Cie buang je salin beras kat bekas lain. Pesan dah kat Kakak Raisha nanti masak nasi, campur sikit beras biasa tu dengan beras basmathi tu. Bagi cepat sikit habis. Sayang jugak kalau rosak. Lepas ni kena beli yang sekilo tu jela.
Cie masak Nasi Arab takdela guna resipi mana-mana. Selalunya hentam jela asalkan ada rupa dan gaya tu boleh dimakan sedap tu kira ok la. Kali ni buat kambing dan ayam. Selalunya buat ayam je.
Cie buat Nasi Arab, Ayam Bakar, Kambing Bakar, Salad Timun, Sambal Tomato, Sup. Ayam dan kambing tu Cie dah rebus dulu lepas tu baru la bakar.
Siap hidang dalam dulang ye. Feel macam makan kedai Nasi Arab la kononnya. Pernah je makan kat porch dan bentang tikar. Susah nak makan berebut-rebut. Jadinya hidang jela kat dalam dulang, makan la dalam pinggan.
Masak 2 cup beras basmathi, 2 ketul ayam bahagian peha dan tight serta 2 keping kambing. Alhamdulillah habis licin. Berselera anak beranak ni makan.
Selalunya Cie masak memang takde leftover. Habis licin kami makan. Dah boleh bajet sebanyak mana nak masak kalau makan 4 beranak. Fasa anak-anak tengah membesar ni memang banyak makan.
Lepas solat Zohor kami makan. Sambil tengok NONA kat TV3. Bila perut dah kenyang mata mula mengantuk. Pukul 3 tertidur sampai la dekat Asar baru terjaga. Lena betul tidur siap mimpi. Bangun tidur, solat Asar lepas tu masuk kitchen untuk masak dinner pulak.




3 Ulasan
Bru mkn nasi arab hri ini
BalasPadamNampak sedapnyer
BalasPadamnasi arab memang kena regu dengan kambing baru ngam
Nampak sedap, pandai Cie masak.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.