Kiranya kali kedua dah Cie buat Cucur Crabstick ni. Pernah dah share Resipi Cucur Crabstick sebelum ni. Crabstick lebih buat steamboat hari tu kita jadikan la cucur je untuk sarapan pagi ni.
Pukul 7.30 pagi Cie mula masuk kitchen dan buat cucur. Ada juga sosej 4 batang Cie potong dan gaul dengan tepung serbaguna. Goreng jela sekali untuk sarapan.
Jadi la menu sarapan hari ni 2 jenis. Sos pencicah wajib ada sos tomato dan blackpepper, sos thai dan mayonis. Sos tomato dan blackpepper tu Cie sorang je makan. Memang sedap la di tekak Cie rasa masam-masam tu.
Siap sarapan duduk-duduk kejap sebelum keluar mencari lauk pauk dan sayuran. Lunch ni dah plan nak masak Nasi Arab Kambing dan Ayam versi Cie. Kalau rajin kang Cie cerita kat blog. Kalau malas nanti kita masuk list schedule.
Posting weekdays mostly memang Cie dah schedule siap-siap masa weekend. So jimat la masa nak blogwalking. Weekdays je kekadang Cie tulis entri terus post on the spot.


14 Ulasan
Jadi, masak sendiri je di rumah, rasa lebih nikmat. Sedap cucur crabstick tu.
BalasPadamwah menariknya, tak pernah terfikir nak buat cucur crabstick.nanti nak try la macam cie buat
BalasPadamWow cucur tu Cie memang sedap la. Apatah lagi buat sendiri. Bahan2 boleh masuk banyak. Puas makan.
BalasPadamsaya suka cucur!!
BalasPadamMakan panas² sedap ni 👍🏻
BalasPadamSedapnyaa
BalasPadamCuya tak rajin nak schedule entri blog sebab selalu takde idea. Idea datang on the spot, pstu terus pos
BalasPadamCucur crab stick nih saya dah plan nak buat, tp sampai skr blm lagi beli crab stick tuh 🤣🤣. Memang teringiiin lah. Biasa hanya kukus saja, trus ratah macam tu. Kali ini nak buat cucur
BalasPadamKiranya ini hidangan istemewa untuk family..alhamdulillah..
BalasPadamCucur crabstick makan panas- pana sedap...kama plak x buat
BalasPadammenu simple kesukaan anak2 ni
BalasPadamAwal tu masuk dapur di hari cuti😁
BalasPadamMenarik juga ya tambah crabstik dan dijadikan cucur..
BalasPadamCucur crabstick cicah dengan sos thaii. Letak sikit hirisan daun ketumbar memang ngamm
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.