Hadiah Untuk Kawan Dan Guru KAFA

Cerita tahun lepas sebelum bermula cuti sekolah, baru sempat nak slot in cerita di tahun baru. Apa boleh buat banyak sanfat cerita nak diceritakan. Jadi Cie tulis siap-siap tajuk kat apps colored note plan blog so senang tau nak tulis apa dalam blog.

Gambar pulak save siap-siap kat files dan rename gambar. Cie tak compress pun size gambar tu. Memang malas nak edit pulak bagi size kecil sikit kan. Berat la loading blog kalau orang buka blog kita. 

Cie pakai iphone guna format heif size gambar akan kecil tapi kualiti gambar tetap sama je. So tak pakai la jpeg tu yang size besar dari heif ni. Cuma heif ni kalau kita download kat komputer atau laptop kena install reader pulak baru boleh bukak. 

Gitula kan. Berbalik kepada tajuk entri kita ni. Cie nak share hadiah yang adik Rania belikan untuk kawan-kawan kelas KAFA, untuk tukar-tukar hadiah dan juga bagi kat semua guru KAFA yang ada walaupun tak mengajar kelas adik Rania. 2025 last dah sekolah KAFA di situ tu yang bagi hadiah sebagai kenangan. 


Hadiah Untuk Guru KAFA

Ustazah yang mengajar kelas adik Rania ada 3 orang je. 5 orang lagi Ustaz dah Ustazah tak mengajar tahun 5 tapi pernah la mengajar dulu-dulu. Selalunya setiap kali nak habis sesi persekolahan memang bagi hadiah untuk guru kelas je sebagai kenangan. 

Depan kotak tu tampal kad ucapan

Kali ni sebab dah last sekolah KAFA jadinya kita bagi jela semua untuk kenangan. Cie beli pinggan dan mangkuk je dari Shopee QOMO Malaysia. Cantik tu yang Cie suka. Banyak kali dah repeat beli dari seller tu. 

Untuk Ustazah yang mengajar kelas adik Rania 3 orang tu Cie bagi ceramic plate sekotak tu ada 4 biji. Design cantik tu yang berkenan. 



Untuk Ustaz dan Ustazah lain pulak Cie bagi ceramic bowl comel kecik je. 



Sebagai tanda terima kasih mendidik adik Rania dari umur 6 tahun kalau tak silap Cie. Walaupun hadiah tak seberapa tapi sebagai penghargaan di atas segala jasa dan pengorbanan para pendidik.


Hadiah Untuk Kawan Kelas KAFA

Oleh kerana lepas ni dah takde jumpa kawan kelas KAFA ni sebab dah tamat maka nya bagi la sedikit hadiah untuk kawan-kawan sebagai tanda perpisahan. Adik Rania tak masuk dah KAFA untuk tahun 6. Cie beli set alat tulis dari Sinar Jaya Stationery pun dari Shopee juga. 


Cuma print ucapan sikit la dan tampal pada plastik tu. Cie print guna sticker paper. Lepas gunting terus tampal je. 


Tukar-tukar Hadiah

Minggu last sekolah tu guru kelas KAFA cakap nak buat sesi tukar hadiah so kena beli hadiah RM10 ke bawah. Tak sempat nak order maka nya terjah la MR DIY je dekat dengan rumah. Hari yang sama kami cari hadiah tu ada parents lain pun cari di situ jugak.



Adik Rania beli pencil case dan eraser jela within the budget below RM10. Paperbag guna semula jela paperbag shopping banyak-banyak kat rumah tu. Hadiah adik Rania budak lelaki yang dapat. Adik Rania pulak dapat hand fan dan keychain. Dari kawan perempuannya.




Tamat Sesi Persekolahan KAFA

Alhamdulillah tamat dah sesi persekolahan KAFA adik Rania pada Disember 2025. Selepas ni tunggu result UPKK jela lepas tu dah duduk rumah jela sebelah petang takde ke kelas KAFA dah. 


Catat Ulasan

0 Ulasan