Kalendar, Planner Dan Buku Rasmi 2026

Tahun 2026 ni kurang meriah dengan kalendar free. Tahun 2025 banyak dapat kalendar sampaikan Cie letak kat semua stor dalam kitchen jabatan Cie dan dalam office setiap meja ada kalendar. Semua pemberian supplier.




Kalendar 2026

Tahun ni dah masuk minggu pertama Januari 2026 baru la dapat kalendar dari pembekal. Total kalendar yang Cie dapat 2 buah je dan campur 2 Cie order dari Pixajoy. Letak kat office 3, letak kat kitchen 1.






Planner 2026

Masuk minggu ke 3 dan ke 4 bulan Disember 2025 hari tu Cie dah order planner sebabnya senang nak tulis apa-apa to do list mengikut tarikh. Cie beli dari The Notage Store. Dapat juga free kalendar mini.



Sebelum ni Cie hanya tulis pada kalendar. Selalu dapat kalendar besar jadinya muat tulis to do list kat petak mengikut tarikh. Kalendar Cie beli dari Pixajoy tu petaknya kecil tak muat nak tulis apa-apa. Tu yang Cie beli planner size 378(W) x 268(L) x 20(H)mm so ngam la letak atas meja office.


Buku Rasmi 2026

Setiap tahun hospital akan bagi buku rasmi. Tahun ni dapat warna merah yang sangat cantik. Setiap tahun design berbeza. Best la nak menulis bila ada meeting nanti. 




Tahun ni rezeki dapat 2 buku. 1 buku dapat dari pembekal sekali kalendar. Cie bagi staf je yang tu. Cie pakai buku rasmi hospital bagi.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Kalau sy mmg tiap tahun akn beli almanac krjn negeri tu.. utk to do list suka buat dlm note kecik tampal je kt depan pc... tahun ni mmg kurang dpt calendar free.. hehehe

    BalasPadam
  2. Lama dah office LZ tak dapat calendar free, semua beli sendiri. Kalendar kuda juga pilihan hati LZ sebab senang tengok cuti 😁.. Cantik planner hospital, merah hitam..

    BalasPadam
  3. MZ pun tak de dpt apa2 kalendar lagi niii...biasanya UIA akan bg (law centre) cuma tak sure thn ni ada ker tak sbb director law centre baru bertukar (dlm proses lantikan)

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.