Kalendar, Planner Dan Buku Rasmi 2026

Tahun 2026 ni kurang meriah dengan kalendar free. Tahun 2025 banyak dapat kalendar sampaikan Cie letak kat semua stor dalam kitchen jabatan Cie dan dalam office setiap meja ada kalendar. Semua pemberian supplier.




Kalendar 2026

Tahun ni dah masuk minggu pertama Januari 2026 baru la dapat kalendar dari pembekal. Total kalendar yang Cie dapat 2 buah je dan campur 2 Cie order dari Pixajoy. Letak kat office 3, letak kat kitchen 1.




Masuk minggu kedua dapat lagi kalendar. Lambat sikit dapat tahun ni.




Planner 2026

Masuk minggu ke 3 dan ke 4 bulan Disember 2025 hari tu Cie dah order planner sebabnya senang nak tulis apa-apa to do list mengikut tarikh. Cie beli dari The Notage Store. Dapat juga free kalendar mini.



Sebelum ni Cie hanya tulis pada kalendar. Selalu dapat kalendar besar jadinya muat tulis to do list kat petak mengikut tarikh. Kalendar Cie beli dari Pixajoy tu petaknya kecil tak muat nak tulis apa-apa. Tu yang Cie beli planner size 378(W) x 268(L) x 20(H)mm so ngam la letak atas meja office.


Buku Rasmi 2026

Setiap tahun hospital akan bagi buku rasmi. Tahun ni dapat warna merah yang sangat cantik. Setiap tahun design berbeza. Best la nak menulis bila ada meeting nanti. 




Tahun ni rezeki dapat 2 buku. 1 buku dapat dari pembekal sekali kalendar. Cie bagi staf je yang tu. Cie pakai buku rasmi hospital bagi.


Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Kalau sy mmg tiap tahun akn beli almanac krjn negeri tu.. utk to do list suka buat dlm note kecik tampal je kt depan pc... tahun ni mmg kurang dpt calendar free.. hehehe

    BalasPadam
  2. Lama dah office LZ tak dapat calendar free, semua beli sendiri. Kalendar kuda juga pilihan hati LZ sebab senang tengok cuti 😁.. Cantik planner hospital, merah hitam..

    BalasPadam
  3. MZ pun tak de dpt apa2 kalendar lagi niii...biasanya UIA akan bg (law centre) cuma tak sure thn ni ada ker tak sbb director law centre baru bertukar (dlm proses lantikan)

    BalasPadam
  4. Wahhh..Bestnya mcm2 calendar dpt..Sy pun ada dpt bbrp jgk dr ofis, ofismate & mr diy...=D

    BalasPadam
  5. sepanjang keje kat spital, takde pula dapat dari radicare.. mentang2 la kita orang kecik2 je.. hahaha

    BalasPadam
  6. kita orang dapat warna biru tahun ni

    BalasPadam
  7. Cantik planner rasmi hospital tu, nampak professional.

    BalasPadam
  8. Banyak jugak tu kalendar Cie, kita ada sebuah aje, hihi.

    BalasPadam
  9. waahhh yk juga Cie dpt tu.. Ana dpt kalendar kuda yg biase gantung tu je ehehe

    BalasPadam
  10. Tahun ni, kalendar kuda dapat banyak, free, waktu beli barang.
    Lawa buku rasmi Cie dapat.

    BalasPadam
  11. Uncle suka buku planner berbanding planner meja... Sebab kebanyakan orang meja ada keybord... macam tak sesuai dah

    BalasPadam
  12. Issh padahal saya dah niat nak buat kalender 2026 dari foto2 Maldives kemarin. Ntah kenapa Sampai skr tak jadi2. Jangan sampai dah akhir tahun baru buat lah 😂.

    Tp saya dah jaraaaaang sangat beli kalender sebenar kak. Krn semua pakai digital. Tp kemarin tuh beli 1, itupun hanya Krn ada resep masakan utk setiap harinya.mudah simple. Makanya saya beli, membantu sangat utk saya buat menu 😂😂

    BalasPadam
  13. bestnya dapat byak kalender... sy selalu dapat kalender MR DIY ja haha

    BalasPadam
  14. Cantik...Kak SA pun ada calendar dan planner..tahun ni warna biru..biru yang lembut

    BalasPadam
  15. Cantik kalender..semoga sentiasa bersemangat mencatat memori indah..

    BalasPadam
  16. Cuya ada kalendar kuda ehsan drpd nenek sedara hahahah
    Planner pon dh ada tapi mcm tak berguna sngt

    BalasPadam
  17. baru perasan.. tahun nie memang urang dapat kelender. Buku catatan pun takde. adoi

    BalasPadam
  18. saya mintak kalendar free dari agen insurans je. tahun ni mcm takde siapa2 bagi kalendar meja free lah.. selalunya mmng dah standby atas meja

    BalasPadam
  19. Tahun ni dept akak pun kurang dapat kalendar dari supplier.. akak guna yang agent insurance bagi je. Semalam baru dapat diary dari BIMB tapi akak bagi kat anak² buah je. Yang lama pun masih ada lagi.

    BalasPadam
  20. Cantiknya planner merah tu.. Sha tahun ini meriah dengan kalendar kuda.. Tak dapat kalendar meja.. huhuhu..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.