Sarapan Pagi Di ThaufeekBatriya Corner

Baru sempat nak menjengah blog. Entah apa yang di busy kab. Pagi tadi keluar sarapan awal sekaligus terus pergi cari barang dapur dan beli buku sekolah kakak Raisha. Adik Rania dah settle hari Khamis hari tu. Kakak Raisha ni sebab nak beli baju PJ tu kena bawak dia tu pun salah size jugak. Esok sempat la pergi tukar semula.

Pukul 8 pagi keluar dari rumah terus singgah sarapan di ThaufeekBatriya Corner tepi SK Clifford. Selalunya tutup hari Sabtu. Tadi Faiz saja try ikut situ tengok buka dan takde pelanggan pun cuma ada 1 meja dah nak siap makan.


Masuk je kedai kami di sapa salam oleh owner kedai tu yang perempuan. Mereka suami isteri buka kedai kat situ. Pekerjanya seorang indon. Sebelum ni ada masa kami datang mereka suami isteri je takde pekerja. Jadi lambat la dapat makanan kalau ramai orang.


Kami order:
  1. Cie: Maggi Goreng, Telur Mata dan Kopi O Ais
  2. Faiz: Roti Telur, Kuah Dhal Sambal, Kopi O Suam
  3. Kakak Raisha: Roti Canai, Kuah Dhal Sambal, Teh O Ais
  4. Adik Rania: Roti Canai, Kuah Dhal Sambal, Teh O Ais



Makanan semua ok dan sedap je. Cuma air jela manis sangat. Lain kali kena order kurang manis kot. Siap makan terus ke BS Freshmart. Beli ikan dan udang je sebab ayam beli minggu lepas masih ada. Beli sayur dan buah je. Siap ngam 9 pagi terus ke sekolah kakak Raisha koperasi buka pukul 9. 


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Raisha dan Rania makan benda yang sama ya....sedap pulak nama mereka ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah Ana pun berkenan nama Raisha Rania hehehehe

      Padam
  2. pagi td MZ order grab food ajer sbb MZ ada online class 9-11 am :) dan lunch pun masih order grab jugak sbb tak de mood nak masak2 (byk keje pending dan overdue)

    BalasPadam
  3. Lama tak makan roti canai kedai melayu. Sedap tengok kuah cicah tu.

    BalasPadam
  4. Pagi ini kita buat lempeng cicah sambal sardin.... nampak sedapmkuah dal tu...

    BalasPadam
  5. Nampak sedap maggi goreng telur mata tu. 😋

    BalasPadam
  6. Selamat kembali ke sekolah buat Raisya dan Rania.

    BalasPadam
  7. Walaupun semua gambar sarapan, tapi tengok petang² ni rasa lapar pulak, Cie.

    BalasPadam
  8. Nampak macam ada cili kicap je...? Perfecto!

    BalasPadam
  9. Isssh lihat canai dan kuahnya, langsung nak ke sana jadinya 😄😄. Tahun ini saya belum cari waktu lagi kapan nak balik ke KL atau Penang, 😄. Kalau rindu sangat makanan sana, langsung book tiket lah 🤭

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.