Faiz tanya selepas tu nak ke mana. Cie ajak ke AEON Cheras Selatan masa on the way nak balik. Kalau ke situ kena makan dalam mall jela Cie taknak pulak dah taktau nak makan apa.
Kebetulan Cie mencari Cheese Naan dari pagi takde kedai area Bangi dan Kajang ada jual Cheese Naan. Mostly mereka jual sebelah petang je. Faiz kata jom ke Presint 15 jela kedai nasi arab tu ada Cheese Naan kami pernah makan di Mr Kabab & Briyani Putrajaya tu. So kami terus ke situ.
Sebelum ni kami pernah makan kat Mr Kabab & Briyani Putrajaya tahun 2022. So kiranya selepas 3 tahun kami makan semula di situ untuk kali kedua pula. Kali ni order berbeza sikit la dari kali pertama dulu tu.
Kami order:
- Cie - Double Cheese Naan dan Apple Asam Boi
- Faiz - Lamb Mandy dan Nes O Ais
- Kakak Raisha - Chicken Chop dan Ice Lemon Tea
- Adik Rania - Chicken Shawarma dan Ice Lemon Tea
2 beradik tu taknak makan nasi. Adik Rania tersilap langkah order shawarma tu banyak bawang. Dia makan sikit je beberapa gigit lepas tu makan nasi babah dia. Cie dan Faiz la habiskan shawarma dia tu. Terlebih kenyang dah Cie makan Cheese Naan lagi.
Double Cheese Naan tapi cheese dia macam sikit je. Sama je macam dulu. Tapi boleh la buat lepas rasa nak makan. Belum jumpa kedai yang jual Cheese Naan yang jenis melimpah ruah cheese nya tu.
Total semua sekali kami makan tu RM105.50. Best makan kat situ sebab kedai selesa ada aircond, kedai tak crowded. Tenang je nak makan.


6 Ulasan
Ni yg kedai ada banyak2 lot tu ke? Yg menghadap kawasan parking tu kan? Lama sungguh tak makan sini. Dulu saya ingat order pizza, sedap jugakk!
BalasPadamAkak pernah makan Cheese Nan kat area Cheras tapi x ingat nama tempat..cheese dia banyak sampai melimpah...aduhai kat mana agaknya....
BalasPadamAkk pun kalau kedai selesa dan tak crowded suka repeat juga. Kita nak tenang² menikmati makanan
BalasPadamApple asam boi tu mengancam laaa Cie.
BalasPadamTahniah Cie, menang teka negara yang saya kunjungi.
Pernah makan cheese nan kat warung dalam kampung kat sg merab tu. Orang Pakistan yang masak.
BalasPadamKalau dah pergi ke resto arab, saya pastiii akan pesan lamb Mandhi 😍😍😍😍.dari dulu sukaaa sangat nasi Mandhi, apalagi pakai lamb. Sedaaaap. Harganya dah standard lah yaa. Nasi arab nih memang tak bisa dibilang murah juga
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.