Pada 27 Disember 2025 yang lepas, Cie berkesempatan melawat Farm Fresh di UPM Serdang, sebuah ladang tenusu yang terletak dalam kawasan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Lawatan ni memang sesuai untuk sesiapa yang nak suasana santai, hijau dan berbeza daripada tempat jalan-jalan biasa seperti mall.
Walaupun berada dalam kawasan universiti, suasana di Farm Fresh UPM rasa tenang dan luas. Sesuai untuk lawatan keluarga, bawa anak-anak atau sekadar nak keluar ambil angin sambil belajar sesuatu yang baru.
Lokasi Farm Fresh UPM Serdang
Farm Fresh terletak di dalam kawasan Universiti Putra Malaysia. Akses ke sini agak mudah dan masih dalam kawasan Lembah Klang. Kawasan ladang luas dan kebanyakannya terbuka, jadi memang terasa vibe ladang sebenar.
Waktu Operasi & Tiket Masuk
Secara umum, Farm Fresh UPM dibuka setiap hari kepada orang awam.
Anggaran waktu operasi:
Isnin – Jumaat: 10.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu - Ahad & Cuti Umum: 9.00 pagi - 6.00 petang
Harga tiket masuk (anggaran):
Dewasa: RM15
Kanak-kanak & Warga Emas: RM10
Kanak-kanak bawah 3 tahun & pemegang kad OKU: percuma
Waktu operasi dan harga tiket boleh berubah, jadi lebih selamat semak dulu laman web atau media sosial rasmi Farm Fresh sebelum datang.
Aktiviti Menarik Farm Fresh UPM
Melihat Lembu Tenusu Dari Dekat
Antara tarikan utama di sini mestilah lembu-lembu tenusu. Pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana lembu ditempatkan di kawasan kandang yang luas dan bersih. Dari sini, kita boleh faham sedikit sebanyak tentang penjagaan ternakan secara moden. Sebelum nak masuk ke kawasan ternakan lembu tu kena sanitize kasut dulu ada di laluan yang disediakan.
Pusing Kawasan Ladang Dengan Tractor
Ada perkhidmatan tractor yang membawa pengunjung ni mengelilingi kawasan ladang. Aktiviti ni memang sesuai untuk seisi keluarga, terutamanya kanak-kanak. Sambil pusing ladang, dapat juga tengok kawasan hijau dan suasana ladang dengan lebih dekat.
Kami di bawa naik ke atas bukit dan diberikan masa 5 minit untuk bergambar dengan view yang cantik. Ada guide yang akan menceritakan berkenaan dengan ladang. Dapat la rasa naik tractor dalam ladang.
Kat atas bukit yang tour guide bagi masa 5 minit untuk semua bergambar
Waktu beratur nak naik tractor
Atas tractor duduk belakang sekali
Suasana Santai & Ruang Terbuka
Selain kawasan ternakan, terdapat juga laluan pejalan kaki dan kawasan terbuka untuk bersiar-siar di kawasan taman. Ramai ambil peluang bergambar kerana latar belakangnya memang cantik dan natural.
Produk Tenusu Farm Fresh
Tak lengkap lawatan tanpa singgah ke kedai Farm Fresh. Di sini ada pelbagai produk tenusu seperti susu segar, yogurt dan ais krim. Boleh beli untuk minum terus atau jadikan buah tangan sebelum balik. Kami sempat la makan ais krim, beli UHT milk dan cultured milk Farm Fresh.
Ais krim Cie, kakak Raisha, Faiz
Moola (RM3.50), Classic (RM3.50), Choco Bar (RM2)
Flavour ni belum ada di Lipis
Adik Rania sorang je beli yang ni
RM31.68 untuk 32 packs (harga asal RM35.20 ada diskaun)
RM4.50
Bagi Makan Haiwan
Kat dalam kawasan lawatan tu ada juga macam mini zoo. Ada beberapa jenis binatang selain dari lembu. Boleh juga bagi makan kambing dan binatang lain.
Kemudahan Di Farm Fresh UPM Serdang
Tandas
Tandas awam disediakan dalam kawasan Farm Fresh UPM Serdang dan berada dalam keadaan yang selesa untuk kegunaan pengunjung. Sesuai untuk keluarga yang datang bersama anak kecil.
Parkir Kenderaan
Kawasan parkir disediakan dan agak luas. Pengunjung boleh meletakkan kenderaan dengan mudah. Cuma di kawasan tanah merah la.
Surau
Terdapat surau untuk kegunaan pengunjung Muslim. Kemudahan ini memudahkan pengunjung menunaikan solat tanpa perlu keluar dari kawasan lawatan.
Kafe & Makanan
Dalam kawasan Farm Fresh UPM Serdang juga terdapat kafe dan kedai yang menjual makanan so boleh la berehat sebentar sambil makan dan minum.
Tips Lawatan Ke Farm Fresh UPM Serdang
- Datang awal pagi atau lewat petang untuk elak panas.
- Pakai kasut yang selesa kerana banyak berjalan.
- Bawa topi atau payung kerana kawasan agak terbuka.
- Sangat sesuai untuk lawatan keluarga dan kanak-kanak.
Pengalaman Ringkas Di Farm Fresh UPM Serdang
Secara keseluruhan, lawatan ke Farm Fresh UPM Serdang ni memang ringkas tapi berbaloi. Suasana ladang yang hijau dan tenang buat lawatan ni rasa santai, tak tergesa-gesa.
Dapat tengok lembu tenusu dari dekat, pusing ladang dan beli produk Farm Fresh sudah cukup untuk satu aktiviti cuti sekolah yang sederhana tapi bermakna.
Kalau nak cari tempat jalan-jalan yang sesuai untuk keluarga dan ada elemen pembelajaran, Farm Fresh UPM Serdang memang boleh masuk dalam senarai.























14 Ulasan
Kak SA x pernah pergi lagi sini...nanti boleh la ajak PZ ke sini plak...macam banyak port yang menarik untuk bergambar tu...
BalasPadamWahhh..Seronoknya..Nnt la nk kena set 1 time jugak utk bwk kids ke sini =D
BalasPadambest kan datang sini. tiket masuk murah n aktiviti pun menarik jugak. mmng sesuai datang bawak anak2!
BalasPadamohh, baru tahu tempat ni.. saya suka tempat2 macam ni.. vibe memang kena dengan jiwa.. nak kena lock tarikh nampaknya
BalasPadamOk akak baca post ni pulak. Dania ada amali kat sini jugak hari tu....pernah jugak la naik traktor. Aunty bawak traktor tu tak berhenti bercakapnya. Kawasan ladang memang luas. Maybe boleh bersambung dengan Fakulti Dania di hujung sana pulak.
BalasPadammenarik tempat ni..cuma time cuaca panas terik, nmpk sgt panaslah if nak visit/ronda2..if hujan, lecak/tak sesuai pulakkk (MZ puteri lilin)
BalasPadamTempat menarik untuk dilawat seisi keluarga. Saya tak pernah sampai lagi sini.
BalasPadamBoleh beli secara pukal susu Farm Fresh ya. Menarik. Terperinci penerangan.
BalasPadamSeronok bawa anak² ke sini... Macam² juga aktiviti dan pendedahan yg kita boleh dapat
BalasPadamSiapa yg tak kenal farm fresh kan?
BalasPadamMenariknya tu..dapat tengok depan mata kambing lembuh..Terbaik..
BalasPadamAda kambenggg 😍 saiya suka saiya sukaaa
BalasPadam2x plan nk bawak anak² ke sini x jadi jugak
BalasPadamdulu pernah melawat ladang lembu di Jeram Mengaji, Pasir Puteh yg terletak cuma 50km dari rumah. Tp skrg mcm x de tarikan di sana. Jadi kalau nak rasa suasana kena gi UPM la nampaknya.....
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.