Cie buat pencarian tempat makan ni melalui Google je. Cie memang masih setia dengan Google walaupun macam-macam dah ada sekarang ni. Anak-anak nak makan tomyam dan nasi putih tu yang cari kedai masakan Thai.
Masa makan kat Sekinchan tu tomyam situ tak memenuhi selera anak-anak. Tu yang anak-anak nak hunting tomyam kedai lain pulak.
Sampai je di kedai Cie tengok macam tak ramai orang. Bagus la cepat sikit sampai makanan. Kedai besar di tepi jalan je. Pekerja ramai berdiri je masing-masing menunggu pelanggan datang. Kami datang tu lepas Maghrib. Maybe orang datang selepas Isyak kot.
Cie order Nasi Goreng Ikan Masin dan air kosong. Faiz order Nasi Goreng Ayam dan air suam. Kakak Raisha dan adik Rania order Tomyam Campur dan Telur Dadar. Air pulak Kakak Raisha order air kosong, adik Rania air Laici. Faiz tambah Keropok Lekor juga.
Masa Tomyam sampai tu Kakak Raisha cakap yang ni nampak menarik. Katanya sedap. Kakak Raisha dan adik Rania siap ambil nasi Cie sikit. Kelaparan memasing bertambah makan.
Sedap masakan kat situ. Memang tepat pilihan Cie. Boleh repeat lagi la kalau ke Kajang. Telur dadar macam tu best crispy je. Harga makanan Cie lupa pulak dah berapa. Takde resit rasanya cari dalam gallery takde.








10 Ulasan
nasi goreng tu pun nampak sedap semuanya cie
BalasPadamAlhamdulilah berselera makan ya
BalasPadamdi saat orang lain semua rujuk tiktok, kita masih setia dgn google kan :p
BalasPadamsyukurlah makanan kena dengan selera. boleh repeat next time
Kalau masakan Thai, saya jarang tak suka 😍😍😍. Memang comfort food lah. Tapi lihat keropok Lekor, ya Allah teringiiiin pulaaaa. Dah lamaaa sangat dari trakhir saya makan Lekor kak. Trakhir di Penang 3 tahun lalu hahahahah. Favorit saya sangat. Makanya nak ke Terengganu utk makan Lekor di kota aslinya
BalasPadamingtkn ada order menu bakar td..sedap nmpk nasi goreng tu
BalasPadamwarna kuah tomyam tu je dah nampak sedappp
BalasPadamfirst time jejak kaki kat sini... terus follow...selamat berkenalan...
BalasPadamSy pn masih setia dgn google, tp adik2 sy suka tgk review di TT kalau part mkn2
BalasPadamyums nampak sedap semuanya! MZ kdg2 google, kdg2 guna chatGPT utk dptkan info/tanya apa2
BalasPadamAlhamdulillah, dapat makan di tempat yang sedap. Selera anak-anak Cie makan. Nasi putih ada tomyam dan telur dadar pun dah cukup.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.