Semalam pun dah beli roti paratha dan cheese naan brand Kawan di BS Freshmart. Adik Rania la request nak roti canai. Pergi ke bahagian frozen tengok ada paratha terus dia kata paratha pun boleh la. Cie nampak pulak ada cheese naan ambil jugak sepeket.
Beli sardin 1 tin kecil boleh la buat goreng. Sambal hitam semalam pun ada lagi ngam boleh cicah je untuk sarapan pagi ni. 7 lebih baru masuk kitchen. Masak sardin goreng dan juga yang lain-lain tu.
Dalam sepeket paratha tu ada 5 keping. Cheese naan pulak ada 3 keping je. Cheese tak banyak pun dan takde rasa cheese sangat pun.
8 lebih baru bersarapan. Siap sarapan boleh la berehat sambil marathon schedule post blog untuk sepanjang minggu. Tu la rutin Cie hari Sabtu dan Ahad.
Biasa Sabtu dan Ahad tak banyak blog boleh blogwalking. Tak ramai yang update entri hari cuti. Tu yang Cie isi masa lapang schedule terus je blog post. Weekdays boleh Cie fokus untuk blogwalking.
Kalau nak up entri dan blogwalking dalam masa yang sama selalunya tak cukup masa. Lagi-lagi weekdays tak banyak masa dah busy kerja kan. Ni cara Cie la nak pastikan setiap hari ada entri dan setiap hari berkunjung ke blog kawan-kawan.




0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.