Semalam pun dah beli roti paratha dan cheese naan brand Kawan di BS Freshmart. Adik Rania la request nak roti canai. Pergi ke bahagian frozen tengok ada paratha terus dia kata paratha pun boleh la. Cie nampak pulak ada cheese naan ambil jugak sepeket.
Beli sardin 1 tin kecil boleh la buat goreng. Sambal hitam semalam pun ada lagi ngam boleh cicah je untuk sarapan pagi ni. 7 lebih baru masuk kitchen. Masak sardin goreng dan juga yang lain-lain tu.
Dalam sepeket paratha tu ada 5 keping. Cheese naan pulak ada 3 keping je. Cheese tak banyak pun dan takde rasa cheese sangat pun.
8 lebih baru bersarapan. Siap sarapan boleh la berehat sambil marathon schedule post blog untuk sepanjang minggu. Tu la rutin Cie hari Sabtu dan Ahad.
Biasa Sabtu dan Ahad tak banyak blog boleh blogwalking. Tak ramai yang update entri hari cuti. Tu yang Cie isi masa lapang schedule terus je blog post. Weekdays boleh Cie fokus untuk blogwalking.
Kalau nak up entri dan blogwalking dalam masa yang sama selalunya tak cukup masa. Lagi-lagi weekdays tak banyak masa dah busy kerja kan. Ni cara Cie la nak pastikan setiap hari ada entri dan setiap hari berkunjung ke blog kawan-kawan.




13 Ulasan
Sy suka paratha brand kawan ni =D
BalasPadamBrand kawan ni yang sedap...
BalasPadamSebenarnya roti2 instant ni selalunya lebih sedap dari yang kat kedai...
BalasPadamtk pernh try cheese naan instant
BalasPadamMenarik yg naan cheese tu. Tapi mcm tk puas pulak makan sebab ada 3 keping je dan cheese pun tak rasa sangat..
BalasPadamMenarik yg naan cheese tu. Tapi mcm tk puas pulak makan sebab ada 3 keping je dan cheese pun tak rasa sangat..
BalasPadamKiteorg selalu simpan stok roti canai frozen brand Kawan ni dalam freezer. Klu buat kari ikan esoknya mesti sarapan roti canai instant cicah kuah kari ikan 😋
BalasPadamsaya suka nan cheese! nan kosong pun ok jugak tp biasanya order dgn ayam tandori la (kedai mamak!)
BalasPadamSalut kak. Dulu saat masih kerja di HSBC, saya memang susah nak BW. Update post 2 Minggu sekali. Setelah resign saya baru bisa fokus dengan BW. Tp memang update tulisan seminggu sekali saja. Krn nak fokus baca blog teman2 yg ada puluhan jumlahnya 🤣. Belum lagi reply komen. Tp update seminggu sekali saya usahakan, kecuali sedang traveling memang saya stop.
BalasPadamAgak susah cari roti prata di sini. Ntahlah, mungkin Krn tak banyak kaum India juga. Padahal saya sukaaa. Makanya puas2kan makan prata, canai, selalunya saat saya sedang di Malaysia 😁
Dulu masa arwah mak ada selalu beli Paratha ni sebab dia suka...dia makan ni je la every weekend..cicah kari..sampai la dia jemu dan tukar lain...
BalasPadamfav sy juga ni kalau cicah dengan sardin. tp sy suka kalau kuah sardin tu byk...nnt boleh hirup hehehe
BalasPadamCicah dengan sambal sardin memang sedap. 😋
BalasPadamAda frozen macam ni memang sangat memudahkan . Even lapar tengah malam tak perlu cari meggi dah
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.