Beli Handphone Oppo A6X

17 Februari 2026 yang lepas belikan handphone baru untuk kakak Raisha. Kakak Raisha ni tak pernah tukar handphone baru dah bertahun dah. Handphone yang dia pakai tu pun handphone babah dah tak pakai. Lupa dah bila. Dia memang jaga handphone dia tu. Cuma bila dah lama tu handphone dah tak perform sangat dah.

So Cie pun tanya la dia nak handphone baru ke tak. Sejenis anak sulung ni tak meminta-minta. Cie cakap kumpul la duit nanti ibu topup sikit. 

Dulu dia dapat duit pelajar terbaik UPKK tu pun simpan dah masuk Tabung Haji dia taknak guna. Ni dia kumpul duit lebih belanja sekolah dan duit lain-lain cukup la dah duit. 17hb tu kami singgah la ke kedai handphone. Mulanya nak survey dulu dah terbeli terus.


Kat Lipis ni kedai handphone banyak cuma kekadang tu ada kedai yang takde display jadi susah la kita nak tengok kamera ke apa kan. Kebetulan kedai kami beli tu ada display brand Oppo

Kakak Raisha belek-belek dan dia berkenan terus deal harga mintak diskaun sikit dapat la beli terus. Terlebih sikit dari bajet. Bajet RM500 je tapi harga RM549 kat resit. Seller tu bagi RM530-540 tak ingat. Yang tak cukup tu babah pulak tambah sikit.


Dapat la handphone baru Oppo A6X. Entahla harga mahal ke murah. Dapat casing, earphone dan sekali screen protector dah. Dapat paperbag Oppo juga.


Asalkan boleh guna kalau ada kelas online ke apa. Cie memang bagi handphone kat anak-anak senang nak berhubung kalau anak-anak di rumah, Cie dan Faiz kerja. Kadang-kadang ada juga masa kelas online so bila ada handphone senang la. Adik Rania pulak dia buat isi NILAM tu senang la kalau ada handphone sendiri.

Kena pantau juga dari masa ke semasa. Kena check juga handphone anak-anak. Takdela biarkan mereka guna handphone tanpa pemantauan. Pesan juga kat anak-anak jangan tengok benda bukan-bukan. Zaman serba mencabar ni kena sentiasa perhati dan ingatkan anak-anak. Begitulah kan zaman sekarang nak mendidik anak-anak.


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. murah tu 256gb harga RM500 :D bestla kaka raisha dapat phone baru. lawa designnya

    BalasPadam
  2. tahniah kpd kakak kerana dpt HP Oppo baharu. Jaga baik2 deh...

    BalasPadam
  3. ok jer rege tu! memang hp satu keperluan pada zmn AI ni..cuma kena pantau anak2

    BalasPadam
  4. Yeh dapat handphone baru kakak raisha. Budak-budak kena pantau selalu.

    BalasPadam
  5. wah handphone baru raya ni kakak

    BalasPadam
  6. Best lah Kakak Raisha dapat hp baru.. mujur dia tak minta Ip lagi.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah tahniah kak Raisha dapat handphone baru. Kira handphone raya la ye

    BalasPadam
  8. Wah! Seronot la dapat HP baru... Jangan lupa istall game! hehehehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.