Benda baik dan elok tak salah kalau kita terjebak kan. Kisahnya Cie nampak blog sis Mulan selalu tunjuk periuk Masaki beliau. Macam menarik je Cie pun cari kat Shopee dan terus la terbeli 2 jenis kuali dan set periuk belanga brand Masaki.
Ngam sampai awal Ramadan hari tu jadi bertambah semangat la nak memasak menu berbuka. Bertambah juga periuk belanga di dapur tu. Sejenis suka memasak kan jadinya periuk belanga ni jadi kewajipan bagi memudahkan proses memasak tu. Sebelum ni pernah beli yang Dessini, kali ni pakai Masaki pulak.
Cie beli kuali Honeycomb Wok Masaki size 32cm dan sekali penutup. Cuma yang ni kena season sebelum guna tu. Macam leceh sikit la. Ada disertakan cara untuk season kuali tu.
Tujuan season tu untuk bagi tahan lama la agaknya kot. Best pakai nak tumis menumis tu best. Kuali tu pulak jenis melengkung ke dalam jadi masakan berkuah tu syok la masak dalam tu.
Yang kedua Cie beli 5pcs Ceramic Coating Non Stick Cookware Set. Dalam set tu ada:
- 26cm frying pan (non stick ceramic pan)
- 20cm frying pan
- 20cm milk pan with lid
- detachable handle
Yang best tu ada handle tu senang lepas masak terus attach handle tu dan terus boleh letak atas meja hidang. Tak payah nak hidang dalam pinggan dah. Cie beli warna putih. Tapi takdela putih sangat macam putih susu tu.
So far dah guna memang best dan memudahkan. Macam-macam dah masak dalam tu. Yang pan 26cm tu je belum guna lagi. Yang tu besar sikit.
Kalau korang nak terjebak jugak nah link Shopee Masaki Malaysia. Silalah beli juga seronok nak masak memasak.



6 Ulasan
Honeycomb wok tu sama macam yang Alif Syukri jual.. semalam baru nampak kat FB dia, cuma tak sure brand apa.
BalasPadamAkak rasa periuk, kuali gitu dikeluarkan oleh kilang OEM. Periuk ceramik tu sama macam Redchef akak. Tak kisahlah brand apa pun.. yang penting masak best. Cuma periuk ceramik akak lebih suka masak pakai induction cooker.
Wahhh..Best ni.Nnt nk blk KL bleh la singgah kuala lipis =D
BalasPadamTula. Tengok kak mulan selalu promote periuk masaki ni. Yg jual by set tu berbaloi! Bestlah boleh cabut2 detachable handle tu
BalasPadamNampak menarik nii
BalasPadamSiapa rajin memasak wajib ada satu kt rumah.functionnn
BalasPadamWah periuk dan kuali baru .. lagi semangat nak memasak .. periuk putih tu cantik .. warna putih pulak tu
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.