Menu Berbuka 14 Ramadan 1447H

Faiz takde hari ni ke KL ada urusan kerja. Jadinya Cie berbuka dengan anak-anak jela. Kat hospital pun ada majlis berbuka puasa hari ni. 

Tak pernah pergi pun. Sejak kerja Lipis ni memang tak pernah pergi. Masa bujang dulu kerja di Jengka memang setiap minggu ada majlis berbuka kat hospital anjuran unit gilir-gilir. Memang rajin pergi ada geng. 


Awal siap masak sebab menu simple je. Nasi goreng kampung pucuk paku, ayam goreng tepung bestari, salad, tomato ceri, timun, buah oren dan anggur. Tak lupa juga keropok goreng lupa nak ambil gambar.


Semalam Cie masak ayam berlado tu dan ada sikit sambal berlado tu lebih. Tak banyak pun Cie simpan je dalam freezer. Tadi campak sekali dengan nasi goreng. Cie cuma tambah tumis bawang putih dan bawang besar blend. Lepas tu Cie chop ikan bilis dan cili padi dalam chopper. Tumis je semua sekali bahan tu.

Letak jugak telur buat tambah-tambah protein dalam nasi goreng. Pucuk paku tu ada sikit memang tinggal untuk masak nasi goreng. Jadi la nasi goreng kampung pucuk paku. 

Anak-anak jenis tak makan ayam buat rencah nasi goreng. Tu yang gaul jela dengan tepung bestari lepas tu goreng je. Kalau gitu makan la walaupun bahagian isi.

Nak bagi cukup sayuran dalam menu berbuka kena la ada ulaman timun, salad dan tomato ceri. Cie jela yang makan sayur tu. Pucuk paku tu anak-anak makan je.

Stok buah pun dah tinggal anggur dan limau je. Hidangan buah kena ada dalam menu berbuka. Buat tambah-tambah nutrisi.

Idea dah kering ni walaupun baru 14 hari berpuasa. Lagi 2 minggu nak raya. Cepatnya masa berlalu. Nanti sedar tak sedar dah masuk Syawal


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Betul, Cie, cepat betul la puasa kali ni. Sedap, nasi goreng kampung pucuk paku waktu berbuka. 😋

    BalasPadam
  2. Tu nampak status penyelia asrama lipis memasak gotong royong..hihi..

    BalasPadam
  3. sedapnya nasi goreng pucuk paku!

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.