Dah hujung-hujung Ramadan ni nak teguk air pun malas pagi-pagi. Setengah jam la juga nak habiskan air. Minum sikit-sikit. Walaupun sahur air je Cie bangun awal supaya ada banyak masa nak teguk air. 


Pagi ni Cie sahur ESP Strawberry dan PD Orange campur Cinch Tea. Air kosong pun minum jugak. Memang banyak air jela ni. Puasa tak lapar cuma dahaga.

Cuaca panas terik betul nak pulak waktu Cie keluar ambil anak sekolah pukul 1pm tu. Terbakar rasa kulit. Aircond memang 3-4 la. Adik Rania masuk kereta je cakap haus. Kesian pulak budak sekolah kan.

Dugaan Ramadan. Kat dunia ni pun kita dah rasa panas apetah lagi kalau api neraka yang berganda kepanasan. Bila fikir memang seram nak buat dosa kan.

Hari ni dah kembali ke rutin kerja dan anak-anak sekolah. Anak-anak duk menghitung hari tak sabar nak cuti sekolah. 8 hari lagi sekolah.

Kat Facebook pulak ada yang duk bergaduh-gaduh pasal raya Sabtu ke Jumaat. Kalendar biasa Sabtu, kalendar handphone Jumaat. Apa pun tunggu la pengumuman raya. Raya tetap 1 Syawal

Raya hari apa pun Cie cuti sampai Rabu je minggu raya tu. Khamis dan Jumaat kerja. Hari last puasa pun Cie kerja lagi. Takde rushing nak balik kampung sejak both my parents dan in law dah takde.

Mulanya nak ambil sampai Jumaat tapi mengenangkan 31 Mac tu nak close stok untuk suku tahun pertama maka nya kena la kerja juga untuk key in semua penerimaan masa raya tu.