Pagi ni Cie sahur ESP Strawberry dan PD Orange campur Cinch Tea. Air kosong pun minum jugak. Memang banyak air jela ni. Puasa tak lapar cuma dahaga.
Cuaca panas terik betul nak pulak waktu Cie keluar ambil anak sekolah pukul 1pm tu. Terbakar rasa kulit. Aircond memang 3-4 la. Adik Rania masuk kereta je cakap haus. Kesian pulak budak sekolah kan.
Dugaan Ramadan. Kat dunia ni pun kita dah rasa panas apetah lagi kalau api neraka yang berganda kepanasan. Bila fikir memang seram nak buat dosa kan.
Hari ni dah kembali ke rutin kerja dan anak-anak sekolah. Anak-anak duk menghitung hari tak sabar nak cuti sekolah. 8 hari lagi sekolah.
Kat Facebook pulak ada yang duk bergaduh-gaduh pasal raya Sabtu ke Jumaat. Kalendar biasa Sabtu, kalendar handphone Jumaat. Apa pun tunggu la pengumuman raya. Raya tetap 1 Syawal.
Raya hari apa pun Cie cuti sampai Rabu je minggu raya tu. Khamis dan Jumaat kerja. Hari last puasa pun Cie kerja lagi. Takde rushing nak balik kampung sejak both my parents dan in law dah takde.
Mulanya nak ambil sampai Jumaat tapi mengenangkan 31 Mac tu nak close stok untuk suku tahun pertama maka nya kena la kerja juga untuk key in semua penerimaan masa raya tu.


10 Ulasan
salam 19 ramadan utk cie
BalasPadamNice.Semoga trus brtenaga sepanjang hari =)
BalasPadamkatanya tahun ni raya mengejut .tak berani la kami plan balik jumaat
BalasPadamMudahan Raya Sabtu le. Jangan bagi terkejut. huhuhu
BalasPadamBetullah Cie.. Panas.. Memang dahaga.. tu yang pagi sahur dengan berbuka dok makan tembikai ja Sha ni..
BalasPadamJangan raya terkejut lgi sudah hehe
BalasPadamBestlah dapat cuti lama huhu.. department kami kena kerja walaupun company shut down dari 19 - 24 Mac.
BalasPadamDi sinipun belum jelas kapan raya kak.yg pasti kemungkinan besar versi pemerintah sini akan berbeda dengan versi Muhammadiyah. Saya ikut pemerintah biasanya. Orangtua saya yg ikut Muhammadiyah dari dulu.
BalasPadamuihh setengah jam amik masa teguk air je?
BalasPadamSebab tu la buka puasa akak memang pulun air je...leps2 tu baru makan..tapi makannya sikit je...sebab dah kenyang air
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.