Menu Sahur 19 Ramadan 1447H

Dah hujung-hujung Ramadan ni nak teguk air pun malas pagi-pagi. Setengah jam la juga nak habiskan air. Minum sikit-sikit. Walaupun sahur air je Cie bangun awal supaya ada banyak masa nak teguk air. 


Pagi ni Cie sahur ESP Strawberry dan PD Orange campur Cinch Tea. Air kosong pun minum jugak. Memang banyak air jela ni. Puasa tak lapar cuma dahaga.

Cuaca panas terik betul nak pulak waktu Cie keluar ambil anak sekolah pukul 1pm tu. Terbakar rasa kulit. Aircond memang 3-4 la. Adik Rania masuk kereta je cakap haus. Kesian pulak budak sekolah kan.

Dugaan Ramadan. Kat dunia ni pun kita dah rasa panas apetah lagi kalau api neraka yang berganda kepanasan. Bila fikir memang seram nak buat dosa kan.

Hari ni dah kembali ke rutin kerja dan anak-anak sekolah. Anak-anak duk menghitung hari tak sabar nak cuti sekolah. 8 hari lagi sekolah.

Kat Facebook pulak ada yang duk bergaduh-gaduh pasal raya Sabtu ke Jumaat. Kalendar biasa Sabtu, kalendar handphone Jumaat. Apa pun tunggu la pengumuman raya. Raya tetap 1 Syawal

Raya hari apa pun Cie cuti sampai Rabu je minggu raya tu. Khamis dan Jumaat kerja. Hari last puasa pun Cie kerja lagi. Takde rushing nak balik kampung sejak both my parents dan in law dah takde.

Mulanya nak ambil sampai Jumaat tapi mengenangkan 31 Mac tu nak close stok untuk suku tahun pertama maka nya kena la kerja juga untuk key in semua penerimaan masa raya tu.




Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Nice.Semoga trus brtenaga sepanjang hari =)

    BalasPadam
  2. katanya tahun ni raya mengejut .tak berani la kami plan balik jumaat

    BalasPadam
  3. Mudahan Raya Sabtu le. Jangan bagi terkejut. huhuhu

    BalasPadam
  4. Betullah Cie.. Panas.. Memang dahaga.. tu yang pagi sahur dengan berbuka dok makan tembikai ja Sha ni..

    BalasPadam
  5. Jangan raya terkejut lgi sudah hehe

    BalasPadam
  6. Bestlah dapat cuti lama huhu.. department kami kena kerja walaupun company shut down dari 19 - 24 Mac.

    BalasPadam
  7. Di sinipun belum jelas kapan raya kak.yg pasti kemungkinan besar versi pemerintah sini akan berbeda dengan versi Muhammadiyah. Saya ikut pemerintah biasanya. Orangtua saya yg ikut Muhammadiyah dari dulu.

    BalasPadam
  8. uihh setengah jam amik masa teguk air je?

    BalasPadam
  9. Sebab tu la buka puasa akak memang pulun air je...leps2 tu baru makan..tapi makannya sikit je...sebab dah kenyang air

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.