Betul-betul hujung Ramadan dah ni. Hari ni mungkin sahur kita yang terakhir atau hari Jumaat hari terakhir kita berpuasa. Semua tak sabar nak tunggu pengumuman malam ni dan juga semua meneka-neka baju penyimpan mohor besar raja-raja. Agaknya baju melayu warna apa la ye?

Ramai balik kampung dah geng blogger ye sunyi sepi dah blog. Semoga semua selamat sampai ke destinasi. Hari last kerja hari ni sebelum mula cuti raya. PMX bagi cuti  hari Jumaat kalau raya Sabtu. Kalau PMX tak bagi hari tu Cie memang kerja sampai Jumaat. 

Kampung di sini saja jadinya takdela ambil cuti awal. Dulu masa duk KL dah merasa hadap jem tu. Bawak kereta manual pulak zaman tu. Memang sakit la kaki. Lama dah kenangan tu berpuluh tahun yang dulu.

Sekarang ni tenang-tenang je takde hadap jem. Cumanya mengadap juga sikit jem orang balik Kelantan lalu Lipis. Semalam ok lagi kenderaan banyak juga dah cuma tak jem rapat jela. Hari ni taktau la kang.


Pagi ni sahur minum-minum jela kita. Sama je hari-hari tapi tetap nak masuk blog jugak. Nak menghidupkan blog. Guna handphone je jadinya mudah jela.