Cie masak awal sebab nak makan awal. Balik kerja lepas solat Asar terus masuk kitchen. Cie balik awal 4.30 petang. Jadi dapat la masak tu awal dan siap awal. Selalunya sebelum 6 petang dah siap.
Lepas Ramadan ni rajin pulak nak excercise lepas masak. Sebabnya dah menyampah tengok berat sendiri. Hahaha. Terkejut naik penimbang sebelum Ramadan hari tu. Terus insof. Kena mula semula macam yang Cie pernah buat dulu. Boleh turun sampai 57.35kg dari 66.2kg selama 2 bulan kalau tak silap Cie. Kena gigih ni.
Menu dinner malam ni bertemakan tempoyak. Cie jarang juga masak tempoyak kat rumah ni walaupun stok tempoyak sentiasa ada je.
Cie masak ayam masak tempoyak. Kalau orang luar biasanya mereka masak tempoyak letak santan. Kami pure Pahang takde santan. Memang tempoyak semata. Ada juga orang tak pandai makan ayam tempoyak, hanya tau ikan patin saja. Kami orang Pahang semua boleh ditempoyakkan. Hihi.
Menu kedua Cie masak ikan rebus goreng. Nak habiskan dah tinggal 1 ekor Cie buat masa bulan puasa hari tu. Habiskan terus jela nanti ada masa buat lagi stok simpan dalan freezer tahan lama. Goreng dengan bawang besar je.
Menu tempoyak kedua yang ni takde orang buat. Memang Cie buat. Pernah share dulu resipi ikan bilis goreng tempoyak kicap tahun 2015. Lama dah resipi tu. Boleh klik ye kalau korang nak cuba memang sedap makan dengan nasi panas-panas. Ikan bilis goreng ada petai, tempoyak, cili padi, bawang, tempoyak dan kicap.
Tak lengkap la menu kalau takde sayur. Ulam timun je dan juga cendawan tiram goreng tepung bestari. Guna tepung bestari ni rasa cendawan tu dah macam rasa ayam. Tu yang anak-anak Cie suka makan kalau buat celup tepung bestari. Kalau masak lain mereka tak makan cendawan.
Buah pulak Cie potong jambu batu, hiris kulit limau kering dan tabur asamboi. Memang sedap. Sekejap je boleh habis sepinggan.
Itu saja la menu Cie untuk dinner hari ni. Lepas solat Maghrib nanti dah boleh dinner. Stop makan jam 8 malam. Lepas tu dah tak makan kalau nak buat IF berbelas jam.


3 Ulasan
Menu dinner yang sedap. Masakan yang berasaskan tempoyak. Boleh cuba lah nanti ayam masak tempoyak.
BalasPadamLepas cerita kena gigih turun berat badan... terus gambar makanan... haih....
BalasPadamAlhamdulillah..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.