Menu Dinner 9 April 2026: Abe Joe Cafe

Faiz takde hari ni ke KL atas urusan kerja. Pukul 1.15 tadi dia ambil adik Rania hantar ke office Cie je. Lepas tu dia terus nak ke KL. Pukul 2 baru la Cie keluar dari office nak ambil kakak Raisha dan terus balik rumah. Rehat 2 petang la Cie hari ni.

Berbuka IF pun 2 petang kemain lama Cie IF dah 18 jam. Masa ambil adik Rania, Faiz beli burger Malaysia dan roti sosej. Adik Rania makan la seketul roti sosej tu. Burger Malaysia dia taknak. Tanya kakak Raisha pun taknak burger tu. 5 ketul ye korang Cie kena habiskan sebab anak-anak taknak makan. 

Nak marah jugak kat Faiz main beli je anak taknak makan. Katanya dah takde makanan lain dah tempat dia beli tu. Macam la tak boleh cari tempat lain. On the way balik rumah terus singgah gerai tepi jalan tu kakak Raisha beli nasi ayam.

Hancus kalori i makan punya la banyak burger Malaysia tu. Nak buang kang bazir pulak kan. Cie buat kalori defisit. So kena kurangkan pengambilan kalori. Dah macam terlebih pulak kan. Sia-sia la IF 18 jam hari ni. Huhu. Takpela ada masa sebulan nak turunkan 3.5kg ni. Target Cie la ni. Harapnya berjaya banyak dugaan dan cabaran ni.

Hari ni off kitchen. Petang tadi pukul 5 kena hantar adik Rania ada latihan sukan kat sekolah. Katanya sampai 7pm. Cie balik rumah mandi dan solat. Sempat la vacuum rumah kejap. Lepas tu 5 lebih ajak kakak Raisha keluar ke kedai Abe Joe Cafe nak tapau makanan. Masa tu dah hujan. Tu yang Cie keluar awal nak terus pick up adik Rania kat sekolah. Sure takde latihan sukan dah hujan.

Cie tapau nasi goreng udang untuk adik Rania, untuk kakak Raisha nasi goreng seafood dan untuk Cie kuetiau kantonis. Sama je dengan kuetiau kungfu. Total semua RM25.50. Siap je tapau terus ke sekolah adik Rania.


Sampai depan sekolah tengok ada yang dah balik. Tunggu je sekejap. Tak lama tu ada adik Rania keluar. Katanya dia duduk kat pondok tepi pagar tu yang nampak Cie dah sampai. Masa tu dah 6 lebih. Nasib baik la Cie keluar awal. Kalau pukul 7 ambil memang mereput la budak tu kat sekolah. Masa tu hujan dah stop. Ramai dah budak balik.


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Moga tercapai la target nak turunkan 3.5kg tu .
    Linda malas nak target apa² sekarang, cuma makan sikit² je lah..

    BalasPadam
  2. Lama IF nya.
    Semoga berjaya capai target

    BalasPadam
  3. Lama IF nya.
    Semoga berjaya capai target

    BalasPadam
  4. Kenapa ya para lelaki ini suka beli sesuatu tanpa tanya dulu 😅😅. Suami saya pun sama. Kalau beli makanan, tak ada tanya2, beli saja. Dianggab semua orang si rumah suka dengan yg dibeli. Padahal anak2 pengennya lain. Sayapun sering tak cocok dengan selera suami. Akhirnya tak dimakan. Terkadang saya langsung masukkan kulkas, lalu esok bagi ke asisten rumah saya utk dia bawa pulang

    BalasPadam
  5. bestnya cie dh start IF yer..MZ masih lom start diet apa2 lagi ni..hari2 mkn nasi/carbo, alahai

    BalasPadam
  6. Semoga tercapai target tu.. Chayook!! Chayook!!..

    BalasPadam
  7. Moga apa yang ditarget tu Cie boleh capai..

    BalasPadam
  8. atas alasan sayang makanan dan tak nak membazirlah kita ni tewas dengan diet kan Cie, Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kak ana..

    BalasPadam
  9. atas alasan sayang makanan dan tak nak membazirlah kita ni tewas dengan diet kan Cie, Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari kak ana..

    BalasPadam
  10. begitulah mak mak.bla.mknn x abis or anak x nk mkn dia jg yg kena mkn😊

    BalasPadam
  11. Alamak, kena sabotaj hehe... Gitu la kita mak² kan, sayangkan makanan terpaksa kitalah yg habiskan

    BalasPadam
  12. begitulah lumrah menguruskan anak2 yg masih sekolah. Syukurlah sy berjaya menghadapinya. Cuma tinggal yg bongsu di darjah 5. Kakak2 dia sdg belajar di IPT belaka.

    BalasPadam
  13. Uish banyak tu kena habiskan makanan. Cuya ni pon turun naik berat ni. Nak turun kemain payah, nak naik sekelip mata jer

    BalasPadam
  14. Kuetiaw kantonis, kungfu atau ladna macam nak sama kan.

    BalasPadam
  15. Wahh tengah buat IF ya. Semoga berjaya turunkan berat ikut target tu!
    Bulan puasa haritu senang je nk turun, ni skrg tak puasa banyak benar godaannya

    BalasPadam
  16. Oo diorang tak suka burger malaysia.
    Kalau 5 ketul tu banyak juga.

    BalasPadam
  17. Hari ni akak sambung puasa...ada 2 hari lagi..lepas tu sambung puasa sunat Khamis dan teruskan Isnin nanti jugak...sama- sama nak buat dengan PZ...buat IF pun ok jugak kan...takpe kita cuba dulu mana yang selesa...sekarang dah biasa puasa dah...so perut takde meragam

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.