Dah semakin berusia ni bukan la nak kurus macam kerengga tu. Lebih kepada nak turunkan berat untuk sihat je. Bila berat badan berlebihan ni boleh mendatangkan penyakit. Cie pulak memang ada penyakit keturunan. Jadi sebelum kita menurun penyakit tu kena la berhati-hati.
Masakan Cie takdela yang betul-betul sihat sangat. Cuma Cie cuba lengkapkan dengan protein, karbohidrat, sayur dan buah. Nak turunkan berat badan bukan tak makan ye. Cuma kena control portion je.
Menu dinner malam ni Cie masak ayam goreng tepung bestari. Gaul je tepung lepas tu goreng. Cie masak ikan, tu yang kena masak ayam juga. Adik Rania tak makan sangat ikan tu.
Ikan pulak Cie pun taktau nama apa masakan Cie ni. Cie chop bawang besar, bawang putih, cili merah besar, cili padi hijau. Lepas tu tumis je sampai garing bahan tu. Masukkan perencah cukup rasa, pes asam jawa, sos tiram sikit.
Sambal lodek ikan bilis petai. Kami panggil sambal lodek. Tempat lain panggil sambal petai tempoyak kot. Tak sure kenapa namanya sambal lodek. Lama tak masak sambal ni.
Sayur dah habis stok. Cuma ada timun dan tomato je. Boleh la untuk sayur malam ni. Buah pulak ada jambu batu asamboi kulit limau. Jambu makan sebelum dinner. Dinner nanti lepas Maghrib.


0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.