Menu Dinner 10 April 2026

Setelah semalam off kitchen, hari ni kita on kitchen semula. Ye Cie memang rajin memasak. Hihi. Entahla memang suka masak. Rasa puas bila dapat masak. Secara tak langsung boleh burn kalori juga masa memasak. Kitonyo nak turunkan berat ni. Hihi

Dah semakin berusia ni bukan la nak kurus macam kerengga tu. Lebih kepada nak turunkan berat untuk sihat je. Bila berat badan berlebihan ni boleh mendatangkan penyakit. Cie pulak memang ada penyakit keturunan. Jadi sebelum kita menurun penyakit tu kena la berhati-hati.

Masakan Cie takdela yang betul-betul sihat sangat. Cuma Cie cuba lengkapkan dengan protein, karbohidrat, sayur dan buah. Nak turunkan berat badan bukan tak makan ye. Cuma kena control portion je. 


Menu dinner malam ni Cie masak ayam goreng tepung bestari. Gaul je tepung lepas tu goreng. Cie masak ikan, tu yang kena masak ayam juga. Adik Rania tak makan sangat ikan tu.

Ikan pulak Cie pun taktau nama apa masakan Cie ni. Cie chop bawang besar, bawang putih, cili merah besar, cili padi hijau. Lepas tu tumis je sampai garing bahan tu. Masukkan perencah cukup rasa, pes asam jawa, sos tiram sikit.

Sambal lodek ikan bilis petai. Kami panggil sambal lodek. Tempat lain panggil sambal petai tempoyak kot. Tak sure kenapa namanya sambal lodek. Lama tak masak sambal ni.

Sayur dah habis stok. Cuma ada timun dan tomato je. Boleh la untuk sayur malam ni. Buah pulak ada jambu batu asamboi kulit limau. Jambu makan sebelum dinner. Dinner nanti lepas Maghrib.


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Protein, karbohidrat, sayur buah semua ada... lengkap dah tu... Semua ada

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah rezeki yg tidak pernah habis

    BalasPadam
  3. Seronok bila dapat makan sama²...Linda kebiasaan makan dengan husband je..anak² ikut time masing²

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah untuk rezeki malam ini

    BalasPadam
  5. Memasak memang healing2 juga

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah... terasa nikmatnya dapat masak dan makan bersama keluarga.

    BalasPadam
  7. Sambal lodek ikan bilis petai tu, bahaya. Boleh menambah nasi. 😋

    BalasPadam
  8. Bagus kak cie jaga pemakanan sebab nak berat yg ideal. Bila overweight ni mmng mudah diserang sakit. Harap kita sentiasa beringat

    BalasPadam
  9. Setuju kak cie. Saya nih tak suka masak sebenarnya. Tp saya selalu jaga makan. Saya rutin workout, gym 4x seminggu, tak mungkin tak jaga makan. Percuma saja nanti dah capek2 workout kan. Jadi mau tak mau, saya masak. So bisalah sesuaikan menu dengan diet yg sesuai. Kalau beli terus menerus, kdg kita tak tahu minyak yg dipakai, terlalu banyak garam, gula, santan lah etc. Malah tak sehat .

    BalasPadam
  10. MZ masak2 simple utk dinner ptg semlm..goreng ayam jer, then masak mee goreng...masak jugak nasi putih sbb MZ ada beli rendang paru dari kwn FB/sblm ni dia pun blogger (nama nana/fauzana)

    BalasPadam
  11. Complete dah tu..semua ada ha..kak SA x dinner 10hb tu sebab kenyang makan masa program meriahnya syawal tu...suami je makan..PZ masa tu masak apa ntah tapi bagi dia makan lauk daging masak hitam...terus settled...haaa..PZ masak ikan bawal rasanya...eh...lupa la...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.