Renew CIMB Debit Card Secara Online

Awal bulan 3 hari tu duk borak dengan staf. Katanya kad bank Agro dia dah expired so dia nak ke bank la tukar. Cie pun cakap la Cie punya kad bank rakyat Cie pun dah expired tapi malas nak ke bank tak boleh online. Tak guna sangat pun.


Cie pun bukak la wallet check kad bank lain. Laaaa kad CIMB Cie pun expired dah rupanya bulan 2 2026. Cie pun google dan boleh apply online je. Mudah kerja so Cie pun apply la pada 6 Mac 2026. Memang mudah ke kat apps CIMB OCTO tu je.


Pergi kat More - Services - Manage Card


Pilih Debit Card Renewal


Kat bahagian tu memang dah ada list debit card kita. Klik je kad tu.


Check alamat kalau dah betul nak dihantar ke alamat tu boleh terus klik proceed.


Dah siap apply. 


Boleh tengok kat bahagian status. Tunggu je kad akan dihantar terus ke alamat kita.

Cie punya kad apply pada 6 Mac dan selamat sampai pada 10 Mac 2026. Kalau jenis guna kad memang tak sesuai la apply online ni. Macam Cie tak guna sangat kad dan malas nak ke bank so mudah la apply via online je.






Beza kad lama dan baru. Kad lama nombor kad dan tarikh expired kat bahagian depan, kad baru semua details di bahagian belakang. Simple je design CIMB ni.




Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian. Tahun depan banyak kad yang expired. Jadi cara sebegini lebih mudah. Contactless :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih perkongsian Cie. La... boleh renew secara online rupanya. Mudah kan...

    BalasPadam
  3. linda punya expired tahun depan... lawa lah yang baru tu...takde la pesen sama je.. hahaha

    BalasPadam
  4. DC cimb ammi July next year baru tamat tempoh. tulah kad bank rakyat ammi pun ammi tak renew sebab jarang guna. Rasa macam nak close je acc bank tu.

    BalasPadam
  5. Saya juga pakai CIMB. Pertama karena suami memang kerja di CIMB, kedua Krn saya rutin traveling ke Malaysia tiap tahun, dan pakai CIMB lebih mudah utk saya bayar2 apapun selama di sana . 😄

    BalasPadam
  6. Mudahlah apply online ja.. Tak yah nak gi bank..

    BalasPadam
  7. Akak ada je acc CIMB ni...tapi tu la...dah lama x aktif...malas nak aktifkan semula...tadi check kat maybank akak..masih ok lagi...2028 nanti baru expired

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.