Hari Lahir Ayah Yang Ke 88

Hari ni 8 Mei kalau ayah masih ada genap usianya 88 tahun. Ayah lahir pada 8 Mei 1938. Mohd Idris @ Muhammad Nor bin Mat Daud, seorang bekas pesara Guru Besar. Seorang yang sangat disegani dan dihormati orang sekeliling. Sehingga akhir hayat gelaran Cikgu Nor tu menjadi gelaran yang dipanggil oleh orang sekeliling.


6 tahun dah ayah pergi meninggalkan kami 8 beradik. Tanggal 3 November 2020 kami kehilangan sebelah lagi sayap selepas kehilangan mak pada 4 Jun 2010. 

Bukan senang ye nak menghadapi kehilangan sosok seorang ayah. Sehingga saat ini rasa rindu tak pernah berkurang. Rasa ayah tu masih ada cuma di suatu tempat yang jauh. Rindu paling sakit rindu pada yang dah takde.

Ayah Cie seorang yang tegas. Yela kan bekas guru. Ayah tak garang cuma tegas saja. Cie takut masa kecik kalau nak mintak apa-apa mesti melalui mak. Mak la jadi perantara. Ayah pulak jenis tak manjakan Cie walaupun Cie anak bongsu. Gitu la sosok seorang ayah. Tegas tapi dalam masa yang sama baik hati.

Korang yang baca ni mohon sedekahkan Alfatihah buat ayah Cie. Terima kasih.



Catat Ulasan

0 Ulasan