Menu Dinner 8 Mei 2026

Cepatnya masa berlalu dah hari Jumaat hari ni. Dah masuk weekend. Yeayyy. Banyak kerjaan nak dibuat weekend ni termasuk la nak mengarang entri bercuti hari tu yang masih parking dalam draft. Dah siap susun tajuk. Nanti tinggal nak masuk ayat karangan dan gambar saja.

Bukan takde idea cuma takde masa je sejak join cabaran nak cukupkan steps harian 10k ni masa terisi dengan bersenam jela. Takpela 3 bulan saja lepas tu kita dah boleh relax takdela nak kejar steps. Cuma kena tetap terus berjalan atau bersenam. 

Balik kerja tadi terus solat Asar dan masuk kitchen untuk masak. Lauk dalam freezer dah habis so masak menu telur jela, ada ikan rebus dan ikan bilis.


Sambal telur ni memang kegemaran anak-anak. Kalau masak ni memang berselera makan cuma tu la dimakannya yang putih saja. Yang kuning ibu la habiskan. Jenuh dah paksa suruh makan. Tak menjadi jugak paksaan.

Next menu Cie goreng ikan rebus ada 1 ekor lagi. Goreng letak bawang besar dan cili padi. Ikan rebus goreng ni Cie, Faiz dan kakak Raisha je makan. Adik Rania tak makan.

Ikan bilis, lobak masin, bawang besar dan cili padi pun Cie goreng jugak. Buat tambah menu je. Bagi banyak sikit lauk pauk terhidang.

Sayur ulam timun jela. Mudah dan cepat. Siap masak sebelum 6pm. Plan nak evening walk. Hujan la pulak. Tukar plan berjalan atas walking pad saja. Menaip entri ni pun sambil berjalan atas walking pad petang tadi. Post entri ni waktu malam.


Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.