Menu Dinner 8 Mei 2026

Cepatnya masa berlalu dah hari Jumaat hari ni. Dah masuk weekend. Yeayyy. Banyak kerjaan nak dibuat weekend ni termasuk la nak mengarang entri bercuti hari tu yang masih parking dalam draft. Dah siap susun tajuk. Nanti tinggal nak masuk ayat karangan dan gambar saja.

Bukan takde idea cuma takde masa je sejak join cabaran nak cukupkan steps harian 10k ni masa terisi dengan bersenam jela. Takpela 3 bulan saja lepas tu kita dah boleh relax takdela nak kejar steps. Cuma kena tetap terus berjalan atau bersenam. 

Balik kerja tadi terus solat Asar dan masuk kitchen untuk masak. Lauk dalam freezer dah habis so masak menu telur jela, ada ikan rebus dan ikan bilis.


Sambal telur ni memang kegemaran anak-anak. Kalau masak ni memang berselera makan cuma tu la dimakannya yang putih saja. Yang kuning ibu la habiskan. Jenuh dah paksa suruh makan. Tak menjadi jugak paksaan.

Next menu Cie goreng ikan rebus ada 1 ekor lagi. Goreng letak bawang besar dan cili padi. Ikan rebus goreng ni Cie, Faiz dan kakak Raisha je makan. Adik Rania tak makan.

Ikan bilis, lobak masin, bawang besar dan cili padi pun Cie goreng jugak. Buat tambah menu je. Bagi banyak sikit lauk pauk terhidang.

Sayur ulam timun jela. Mudah dan cepat. Siap masak sebelum 6pm. Plan nak evening walk. Hujan la pulak. Tukar plan berjalan atas walking pad saja. Menaip entri ni pun sambil berjalan atas walking pad petang tadi. Post entri ni waktu malam.


Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. Sedap betul makan nasi dengan ikan rebus goreng Cie.

    BalasPadam
  2. Tu lah.. Kejap ja dah jumaat.. Sha pun tengah usaha nak cukuplan step.. Bila ada sasaran ni semangat sikit nak buat.. Tapi tu la, weekand ja lah boleh nak kejar..

    BalasPadam
  3. Cie ikan rebus tu buat sendiri kan. Boleh share cara buat? Lepas tu simpan kat chiller ke atau kat freezer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye buat sendiri je. Cie selalu simpan dalam freezer. Nanti Cie share resipi.

      Padam
  4. jrg masak menu sambal telur...mkn ngan nasi panas2 ltk kicap sedap tu

    BalasPadam
  5. Tertarik kat ikan rebus tu..

    BalasPadam
  6. Bagus juga masa terisi dengan bersenam.

    BalasPadam
  7. Sedap menu simple2 gini. Cuya paling suka kuning telur

    BalasPadam
  8. Sama dengan anak saya, tak SUNA kuning telur. JD kalau masak telur harus didadar. Mereka baru mau kuning, kalau setengah matang. Saya pula yg tak suka setengah matang 😅.

    JD dah lah, supaya tak susah, buat dadar telur saja

    BalasPadam
  9. Multitask dah tu Cie, berjalan atas walking pad sambil menaip entri. 👏

    BalasPadam
  10. hahaha masih ada lg ya perangai mkn telur putih je 😁

    BalasPadam
  11. semua pun sedap! MZ pun kdg2 masak jugak telur masak cili gini

    BalasPadam
  12. Menaip entri sambil jalan atas walking pad? Wow.. multitasking. Setuju, jalan ni ambil masa lama. Itu kadang tak sempat nak berblog.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.