Lagipun pagi ni makan yang ringan je. Tengahari kang nak pergi kenduri sambut menantu staf Cie. Dia dah nikah dan kenduri belah dia di Kelantan bulan 4 yang lepas. Menyambut menantu ni di Jerantut je dekat boleh la Cie datang.
Pagi ni bersarapan dulu sebelum membeli barang dapur. Cie order roti bakar dan kopi o ais. Kopi o ais kat sini memang kaw. Taktau la kopi cap apa. Kalau order kat kedai lain macam rasa tak rasa je kopi.
Faiz order barli suam, telur separuh masak dan roti kukus. Kakak Raisha order roti bakar, telur separuh masak dan teh o ais. Adik Rania pulak air botol dan nasi lemak ayam.
Adik Rania ni dia main order je nasi lemak lepas tu ibu dan babah la kena habiskan. Alasan dia kenyang la apa la. Orang dah cakap makan ringan je nanti kang nak pergi makan kenduri.
Siap makan terus singgah pasar pagi nak cari rebung takde pulak. Beli barang dapur di BS Freshmart.









13 Ulasan
betul tu. kena mkn yg ringan2 je sbb nak gi kenduri... apa2 pun selamat menjamu selera...
BalasPadamSedap pulak nengok ayam goreng Adik Rania tu.
BalasPadamNasi lemak dia nampak sedap tu.
BalasPadamNampak sedap nasi lemak ayam goreng tu...
BalasPadamKalau ke kopi Tiam, sayapun suka pesan menu2 yg ringan bgini. Yg penting kopi harus sedap 😄😍
BalasPadamPekat kopi hitam tu. Faa ingat gelas tu yang kaler hitam. Pilihan terbaik telur separuh masak dan roti bakar utk alas perut.
BalasPadambesarnyaaa saiz ayam goreng dia👍👍👍
BalasPadamSedapnyaaa...roti bakar, teur setengah masak...2-3 hari ni teringin nak makan cenggini...tp malas nak keluar...esok la pi kerja singgah kat KL Sentral tu
BalasPadamMemang terserlah kepekatan dan kaw kopi tu pada gambar..
BalasPadamBila nak ke kenduri, memang kena makan yang ringan-ringan ja lah.. Nanti tak lalu pula makan di kenduri..
Kalau ratah ayam, pun dah kenyang...nampak sedap betul ayam nya
BalasPadamMenarik tengok nasi lemak dia, dengan ayam goreng rangup. 😋
BalasPadambest dpt mengopi. lawa la bangunan kopi stesen ni
BalasPadamsedapnya nasi lemak
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.