Sarapan Pagi Ini: Kopi Stesen

Entahla setahun berapa kali bersarapan di Kopi Stesen ni. Tak banyak pilihan kedai yang kena dengan tekak kami nak bersarapan. 


Lagipun pagi ni makan yang ringan je. Tengahari kang nak pergi kenduri sambut menantu staf Cie. Dia dah nikah dan kenduri belah dia di Kelantan bulan 4 yang lepas. Menyambut menantu ni di Jerantut je dekat boleh la Cie datang.

Pagi ni bersarapan dulu sebelum membeli barang dapur. Cie order roti bakar dan kopi o ais. Kopi o ais kat sini memang kaw. Taktau la kopi cap apa. Kalau order kat kedai lain macam rasa tak rasa je kopi.








Faiz order barli suam, telur separuh masak dan roti kukus. Kakak Raisha order roti bakar, telur separuh masak dan teh o ais. Adik Rania pulak air botol dan nasi lemak ayam

Adik Rania ni dia main order je nasi lemak lepas tu ibu dan babah la kena habiskan. Alasan dia kenyang la apa la. Orang dah cakap makan ringan je nanti kang nak pergi makan kenduri. 

Siap makan terus singgah pasar pagi nak cari rebung takde pulak. Beli barang dapur di BS Freshmart.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. betul tu. kena mkn yg ringan2 je sbb nak gi kenduri... apa2 pun selamat menjamu selera...

    BalasPadam
  2. Sedap pulak nengok ayam goreng Adik Rania tu.

    BalasPadam
  3. Nasi lemak dia nampak sedap tu.

    BalasPadam
  4. Nampak sedap nasi lemak ayam goreng tu...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.