Tahun ni rezeki Cie dapat body serum brand Glad2Glow. Masa parcel sampai tu Cie baru balik dari evening walk. Tengok rider letak atas gate. Cie terus agak dah hadiah dari kak SA, kat slip post tu ada logo Tiktok. Cie memang tak pernah la beli dari Tiktok. Akaun pun takde.
Cie pegang plastik tu berat jugak. Tak terfikir pun dapat apa. Masuk rumah terus buka. Nampak 2 tiub warna pink tertulis body serum. Bila buka je wangi betul. Malam sebelum tidur terus try sapu. Anak-anak pun apa lagi mintak la 1 tiub.
Cie taktau sangat apa fungsi body serum ni. Terus tanya chatgpt. Inilah apa yang chatgpt share.
Niacinamide Bright Body Serum: untuk cerahkan dan sekatakan tona kulit. Mengandungi niacinamide, vitamin B5 dan vitamin E. Bantu kurangkan kusam dan naikkan seri kulit. Sesuai dipakai siang dan malam.
Retinol Bright Body Serum: Body serum retinol untuk bantu tekstur kulit lebih halus dan nampak glowing. Ada retinol untuk bantu kulit nampak lebih licin dan firm. Sesuai dipakai waktu malam sahaja. Cepat serap dan tak greasy.
Kiranya fungsi utama dia untuk lembapkan, cerahkan dan licinkan kulit badan. Tekstur dia biasanya lebih ringan daripada body lotion, jadi cepat serap dan tak rasa melekit.
Memang terus serap je bila pakai takde rasa melekit macam pakai lotion tu. Bau semerbak wangi. Kiranya ni body serum pertama la yang Cie dapat hadiah dari kak SA.
Terima kasih kak SA yang sentiasa menghargai pembaca blog dengan menghadiahkan macam-macam untuk top komentator. Cie memang dah lama follow kak SA. Rasanya sejak mula berjinak dengan blog. Semoga kak SA sihat selalu dan dimurahkan rezeki.
Bila dah on off berblog dah takde sangat baca blog. Kembali berblog semula dan kembali menjadi pembaca setia blog kak SA. Kak SA dari dulu setia berblog. Ramai dah yang dulu Cie follow mereka bila cari semula dah takde entri terbaru. Dah berhenti menjadi blogger.

5 Ulasan
Niceeee..
BalasPadamTahniah Cie dapat hadiah best.
Tahniah kak cie.
BalasPadamYaa banyak gila blogger dah berhenti menulis dan beralih arah. Cuya rasa Cuya antara blogger muda yg masih setia dgn blog.
Dan tak nampk sngt geng sebaya ni yg aktif blogger
Alhamdulillah rezeki, tahniah Cie..
BalasPadamWah... Tahniah Cie.
BalasPadamAlhamdulillah tahniah
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.