Masak cepat-cepat dah set sebelum 6pm dah kena siap. By 6pm dah nak keluar rumah. Target 1jam berjalan. Masak beberapa jenis menu. Kurang dari sejam dah siap.
Faiz dah ada hari ni boleh la masak. Lepas siap masak tinggal je nanti dia settle cuci semua. Kalau Cie semua settle memang terkejar-kejar tak cukup masa.
Cie masak gulai masam tempoyak ayam letak belimbing dan daun kesum. Letak 2 biji cili padi merah thai tu pedas jugak masa rasa tadi. Harapnya tak pedas la makan dengan nasi kang. Si adik Rania tak makan pedas.
Cie buat jugak telur mata goreng kicap, ikan masin, buncis goreng sos tiram, ulam timun. Kalau nak sambal kang boleh je keluarkan sambal belacan dalam fridge.
Itu saja menu hari ni. Siap masak tadi terus keluar evening walk. Nanti cerita kat posting yang lain. Ni pun baru habis pusing taman.


4 Ulasan
Gulai masam tempoyak tu nampak sedap je. Boleh share resipi tak Cie? 😃
BalasPadamalamak. hihih. cie ni jenis takde resipi. nanti ada masa cie share ye.
PadamLauk macam ni boleh buat menambah nasi ni..
BalasPadamrajin cie,saya kalau hari kerja memang 1 lauk je makan dari pagi smp ke petang
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.