Makan Kenduri Di Batu Balai Jerantut

9 Mei 2026 Hari Sabtu Cie pergi makan kenduri sambut menantu di Batu Balai Jerantut. Staf Cie yang nikah pada 4 April yang lepas di Besut, 9 Mei buat kenduri sebelah lelaki pulak. Dekat dengan Lipis so boleh la datang.

Kakak Raisha tolong snap asal boleh jela

Dari rumah gerak pukul 11 lebih, sampai Batu Balai 12.30pm. Sama sampai dengan rombongan pengantin perempuan. Ada sorang staf Cie pun datang jugak dari Jerantut dan kami berjumpa di situ jela. Sorang lagi staf lewat sikit. 


Masa kami sampai tu ada banyak dah ruang makan yang kosong. Mungkin orang kampung dah datang makan awal. Meriah ada macam-macam menu. Gulai daging, ayam masak merah, acar, sambal, ikan masin, laksa lemak, kuih muih, aiskrim Malaysia, air sirap.




Sempat la bergambar kenangan dengan pengantin. Pengantin perempuan ni staf Cie. Orang Besut baru je dalam 3 tahun lebih kerja. Berjumpa jodoh dengan orang Kelantan tapi menetap di Batu Balai Jerantut.



Siap makan dan bergambar Cie mintak izin nak balik. Jumpa la mak mertuanya sebelum balik bersalam dulu. Adat kita bertandang ke kenduri orang kan kena la jumpa tuan rumah sebelum balik kenalkan diri. Baik sangat orangnya. Beria tanya kenyang tak makan. Kito kecek kelate selaluh la walaupun bunyi aye itik jah. Hihi. Staf Cie ada orang Kelantan kekadang saja cakap lepas tu tanya dia betul tak dia kata betul je. 

Staf Cie orang Besut tu pun takde cakap Terengganu walaupun Besut tu daerah di Terengganu. Dah sempadan Kelantan memang dialek Kelantan dia bercakap. Kita orang Pantai Timur kan memang faham je. 

Gerak dari kenduri terus ke bandar Jerantut kejap hajatnya nak hantar repair kasut kat kedai tukang kasut tu. Tutup la pulak. Terus ke Al-Ikhsan anak-anak nak beli kasut takde size pulak. Singgah mengopi jela kat Kenangan Coffee. Nanti cerita di entri yang lain. Maka makin bertambah la draft entri kita ye. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Hari ni akak mals naknup entry..penat masak tadi..adik2 balik...so banyak.la akak masak hari ni...

    BalasPadam
  2. Laksa lemak tu, ada sambal ya. Tak pernah makan laksa lemak. Semoga pasangan pengantin kekal bahagia hingga ke jannah. 🤲

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.